Friday, February 19, 2010

Tanda-tanda kematangan

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Thursday, February 18, 2010

Ronda Kuantan....


Penggembaraan bermula seawal jam 11 pagi...huhu....
camni..budak yang bawa kami jalan tu..dia ada cakap mau bawa jaln..so aq mira n shidah ok la kan....tapi on the way dia jalan ke rumah shidah mau ambil kami ni...dia call suru get ready..time tu kami masih tidur lagi...p mandi pun dengan rasa penuh menyampah n mamai...yala..pa tidak nya...kami tidur lewat malam tu...kunun mau tengok game AC MILAN VS M.U....tapi sejam sebelum game tu mula...kami da tewas...huhu...p jak la tido...
tapi ndak pa la...M.U menang gak...hahahahaha....




Tepat jam 11...kami gerak la...tempat pertam yang kami p..KFC...yala...kami bukan sempat sarapan pun....so..lapar pulak kan...so, kami p la sarapan d KFC...hihihi....
time d KFC..kami pesan la snack plate....aq mira n shidah...tapi kawan kami yang berusia 19 tahun ni...dia p pesan chiky meal...hahahahahahaha...
adoi...sudah tua tu..tapi ndak pa la bha kan...wat keja gila ckit...hahahahaha....
begini bha sebenarnya...dia pun ndak sangka yang dia pesan tu..chiky meal...cian dia...huuhuu..kakak yg ambil pesann tu pun...tengok dia cam orang yang tak betul jak...huhu..pastu..time dia dapat da..dia malu...malu yang teramat...hahahaha....muka nya merah sudah...hahahaha....
besa la kan..lau pesan chiky meal..mesti dapat hadia mainan..so, dia pun dapat gak...hihi...gitar...wana pink...huhu...comel gak la...tapi..dia cam mau buang jak...hahahaha...malu...huhu...pelik2....
wat eva la...



Pas makan..kami p zoo...hahahaha...dapat la tengok haiwan2..hilang kan sedikit tekanan dengan kerja yang bertimbun tu....lari daripada tekanan..adalah benda yang amat indah..hihi....
aq jumpa la..ular sawa batik..tapi dia tidur pulak...erm...tak best la...tapi tak pa la....banyak haiwan yang tidur..time kami datang...adeh...sedih la....yang paling indah..time naik kuda...hahahaha...my fren mira...huhu...dia tak yakin naik kuda tu..tapi dia naik gak..tania k...hahahaha...lawak gak la...cara dia naik tu....huhu....sory la...tak dapat share gambar....hihi....aq naik kuda betina....she nice...hahahaha....
mira plak..jantan...hihi...time mira naik tu...ramai mata yang bertumpuh dengan dia....hahahaha...yala...agak lucu gak la kan...tu pasal ramai orang tengok...hahahaha....




Pas da puas tengok haiwan2 yang hampir semua tidur tu....kami p la mall..lupa da nama tu mall pa...sory la....erm..mira n shida..mau tengok wayang..so..kami p la...fuyoohh...berbaris punya la lama....adoi....kami mau tengok muvi..PERCY JACKSON...jam 3.20....tapi malangnya...tiket jam 3 tu habis pulak...adoi.....terpaksa tengok jam 5.40...so..kami beli lah....kami bazir waktu kami p round2 mall tu...huhu....window shopping....hahahaha...normal la kan tuk perempuan...huhu....
Kami semua ketakutan...yala...terpaksa balik malam.dalam jam 8....huhu..takut fam shidah mara...hihi...tapi syukr la..ndak juak kami d mara...hihihi....



tu jak la kisah nya.....
thanks ya bawa kami jalan2...



with love:
arisa wina....


Wednesday, February 17, 2010

PENGERTIAN ISTIQAMAH

Istiqomah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqomah:

1.Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.

2.Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.

3.Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.

4.Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.

5.Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.


Istiqomah menjadi tuntutan agama.
Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasul-Nya.

(Surah Fusilat Ayat ‘ 6)
Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): “Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaan-Nya)……”

(Rawahul Muslim)
Ertinya: Katakanlah: ”Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.”

Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqomah:

1.Istiqomah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.

2.Istiqomah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.

3.Istiqomah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.

4.Istiqomah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang diizinkan oleh syaraq.
Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah Taala.


Ada tiga tahap Istiqomah yang perlu berlaku serentak iaitu:

1=Istiqomah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqomah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala.

(Surah Al-Furqan ‘ ayat 32 )
Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : “Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.”

2=Istiqomah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik.

Istiqomah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala:
(Surah Ibrahim ‘ Ayat 27)
Ertinya: “….Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat…..”

3=Istiqomah perbuatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istiqomah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istiqomah.....


Istiqomah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.

Dengan kata lain istiqomah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan. Peribahasa melayu ada menyebutkan, “berpantang maut sebelum ajal.”

Kejayaan melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal Soleh dapat dicanai dengan sikap istiqomah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.

(Surah Fusilat-Ayat 30-32)
Ertinya: ”Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu.”

“Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya.” “(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !”


Sikap Istiqomah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:
1.Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2.Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3.Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam.
4.Ilmu dan maklumat yang cukup.
5.Strategi yang kemas dalam perjuangan.
6.Usaha yang berterusan.
7.Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
8.Berdoa dan bertawakal.
9.Bersyukur dan redha.

Sikap ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, para mujahid, syuhada” dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.

Perjuangan dalam hidup manusia amat luas daerahnya. Ada perjuangan yang kecil dan ada perjuangan yang besar. Contoh perjuangan yang kecil ialah apa jua usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Asas bagi menentukan kecil atau besar tahap perjuangan itu ialah:

1.Matlamat perjuangan.
2.Halangan atau cabaran terhadap perjuangan.
3.Risiko atau pengorbanan yang diperlukan.

Namun begitu ada orang yang keliru. Mereka meletakkan perjuangan untuk mencapai kejayaan di dunia sebagai perjuangan yang utama dan mengabaikan perjuangan untuk mencapai kejayaan di akhirat. Sebenarnya orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia sahaja adalah orang yang akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat, sedangkan orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di akhirat sebenarnya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah Taala:
(Surah Al-Hadid” Ayat 20-21)
Ertinya: “Ketahuilah bahawa apa (yang dikatakan) kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu ( dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan ) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan) tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanaman suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan di dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

“Berlumba-lumba kamu (mengerjakan ama-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”

Malangnya ada pula orang yang tidak mempunyai perjuangan langsung dalam hidupnya, mereka hanyut bagaikan kiambang di sungai. Mereka diracuni oleh fahaman jabariah iaitu berserah pada takdir tanpa usaha, atau mereka mengikut arus dan perubahan zaman tanpa prinsip dan pendirian, iman mereka rapuh, amal ibadah mereka tidak menetap dan akhlak mereka dicorakkan oleh berbagai-bagai budaya.


Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqomah, bersabar dan tidak berputus asa.

Firman Allah Taala:
(Surah Yusof ‘ Ayat 87)
Ertinya: ”Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir….”

wallahu’alam….

JIWA

Jiwa dijaga sihat seperti tubuh dapat dilihat menerusi tingkah laku mulia seseorang.
MANUSIA mempunyai dua badan iaitu jasmani (tubuh kasar) dan rohani (tubuh halus). Kedua-dua unsur ini saling melengkapi dan mempengaruhi antara satu sama lain. Demi mendapat kebahagiaan hakiki, rohani dan jasmani perlu diletakkan di landasan diredai Allah.

Rohani atau disebut juga batin, jiwa atau kalbu, sangat berkait rapat dengan tindak-tanduk manusia. Jika rohani tidak sihat atau sakit, sudah tentu tindak-tanduk manusia akan menyeleweng daripada landasan syariat.

Oleh itu, menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap manusia menjaga dan memelihara jiwa supaya tidak dilanda pelbagai penyakit.

Dr Hamzah Ya’qub dalam buku “Tingkat Ketenangan dan Kebahagiaan Mukmin” mengutarakan pengenalan mengenai penyakit rohani iaitu:
-Sifat buruk dan merosak dalam batin manusia yang mengganggu kebahagiaan.
-Sikap mental yang buruk, merosak dan merintangi peribadi memperoleh keredaan Allah.
-Sifat dan sikap dalam hati yang tidak diredhai Allah, sifat dan sikap mental yang cenderung mendorong peribadi melakukan perbuatan buruk dan merosak.

Gambaran di atas menunjukkan mereka yang mengalami penyakit rohani, tingkah laku atau akhlaknya dipengaruhi gejala tidak sihat dan menyalahi peraturan digariskan Islam seperti dengki, pemarah, riak, takbur, terlalu cinta hal keduniaan dan suka berprasangka buruk.

Penyakit rohani yang dikira paling bahaya ialah munafik yang menyembunyikan kekufuran dalam hatinya dan menyatakan iman dengan lidahnya seperti firman Allah yang bermaksud:
"Dan sebahagian daripada manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian, padahal mereka sebenarnya bukan orang beriman. Mereka hendak menipu Tuhan dan orang beriman, dan tiadalah mereka tipu melainkan diri mereka sendiri, akan tetapi mereka tiada sedar. Di hati mereka ada penyakit, dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih, kerana mereka telah berdusta.” (Surah al-Baqarah, ayat 9-10)

Sukar mengenal orang munafik kerana mereka sangat bijak dan licik dalam menyembunyikan sifat itu. Namun, Rasulullah SAW pernah memberi tanda orang munafik melalui sabda Baginda bermaksud:
“Sesiapa yang ada padanya empat sifat dia benar-benar munafik, sesiapa yang ada satu daripadanya bererti dia ada satu sifat munafik. Sehingga dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia dusta, apabila dipercayai dia khianat, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila bertengkar dia melampaui batas.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kebanyakan manusia apabila jasmaninya terkena penyakit ia bergegas berjumpa doktor atau mencari ubat supaya penyakitnya cepat sembuh dan tidak menderita lebih lama. Namun mereka tidak begitu jika rohaninya yang sakit.

Seharusnya perasaan takut juga dirasai apabila rohani dijangkiti penyakit. Kita perlu segera berusaha menyembuhkannya sebelum penyakit itu merebak lebih teruk. Demikian orang beriman akan bertindak segera apabila rohaninya dijangkiti penyakit.

Usaha penyembuhan paling baik ialah bermuhasabah diri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang cerdik ialah yang memeriksa dirinya, bersedia untuk beramal sebagai bekal untuk mati dan orang yang lemah ialah yang selalu menurutkan keinginannya dan mengharapkan pelbagai angan kepada Allah.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Apabila selalu mengikut telunjuk nafsu, keinginan hati dan melupakan segala suruhan Allah, tentu seseorang mengalami kerugian besar sama ada di dunia atau akhirat seperti firman Allah yang bermaksud:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan saling berpesan supaya mentaati kebenaran dan saling nasihat-menasihati supaya menjalankan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)

Penyakit rohani juga boleh diubati melalui taubat dan beristighfar. Bertaubat bermakna sedar dan serta-merta berhenti daripada memiliki sifat mazmumah itu, membencinya dengan sepenuh hati dan tidak mungkin akan mengulanginya.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan orang yang apabila telah berbuat kejahatan atau menganiaya diri mereka sendiri, maka mereka ingat kepada Allah dan mereka memohon ampun atas dosanya.” (Surah Al-Imran, ayat 135)

Selalu berdoa memohon perlindungan Allah apabila diganggu syaitan, boleh mengelak daripada terkena cengkaman penyakit rohani sebagai suruhan Allah dalam firman yang bermaksud:
“Dan jika engkau diganggu oleh satu gangguan dari syaitan, maka mohon perlindungan kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Tahu.” (Surah al-Fussilat, ayat 36)

Sebagai mukmin yang selalu ingat kepada-Nya, hendaklah kita menjauhi kemungkaran hati yang bukan saja menyebabkan jiwa dibalut kegelisahan, malah boleh mencetuskan pergaduhan dan memecah belah masyarakat harmoni.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat mungkar dan melarang berbuat makruf dan mereka menggenggam tangannya. Mereka lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang munafik itulah orang yang fasik.” (Surah at-Taubah, ayat 67)

Oleh itu, dalam mencari kebahagiaan sebenar dan keredaan Allah, seorang Muslim perlu sentiasa menyuburkan jiwanya dengan sifat mahmudah yang dimiliki junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat.

Apabila rohani bersih murni, terpancar pada dirinya sahsiah dan akhlak terpuji yang disukai Allah malah, sepanjang hidupnya dipenuhi dengan melakukan amalan soleh dan sentiasa menjaga tingkah laku supaya mendapat keredaan Allah selain disenangi masyarakat sekeliling.

WALLAHU A'LAM....

Tuesday, February 16, 2010

Indah tercipta

Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. Setiap Wanita itu Cantik.

Wanita Cantik yang solehah adalah :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah.
Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa.

Nastagfirullah Zunubana Ya Allah !

18 Hadis Nabi Mengenai Wanita..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

9. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

10. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

14. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

15. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

18. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuann lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Monday, February 15, 2010

Merantau Lagi


Hari ni, banyak masa aku terbuang di jalan-jalan raya kota ku...huhu..
harini kan aku ikut c shidah pulang pkuantan...aq dengan mira menumpang rumah dia selama 9 hari...hihi....
alhamdulillah kami selamat sampai..
amin.



Rentetan peristiwa pada hari ini, sangat mudah...huhu....
tadi pagi kami awal bangun..sekitar jam 7.30..
bersiap punya la awal..huhu...tapi kami jalan jam 10.30...huhu..
teruja yang teramat untuk meniggalkan kolej yang....*******...
hahahahahaha.....


sebelum jalan..aq n mira sempat lagi p sarapan di kedai makcik jawa..warung yang dia bukak tu...di tepi 7E...
makan mee rebus n minum milo ais...huhu...
time tu...
makcik tu..sempat lagi kacau aq..errggghhhh...
dia cakap lama da kunun ndak jumpa aq...
hahahahahaha....
besa la glamour kan....
makcik jual makanan pun kenal...
(perasannya Ya Allah)..
makcik tu panggil aq c merah...napa?...
aq pun tak tau....
wat eva la...
lau dia bagi free ok gak kan....erm....tapi tidak pun....tpi tak kesa la...



Sebelum tiba di pekeliling tu, time dalam teksi, pakcik tu berbangsa cina...huhu...sedihnya..dia tak dapat cuti..adeh...tak cukup ka pemandu di Malaysia ni...errgghhh....hari perayaan pun tak dapat cuti....hak pekerja camni..harus d tegak kan...tapi pada siapa....hahahaha...tak pa la....
papun...kita ni kan..1malaysia...huhu...
fikir2 la sendiri....


Time di pekililing plak...banyak ragam la yang aq tengok..huhu....
memandangkan kami awal beberapa jam...kami p la lepak d kedai makan...at first...pesan minuman jak....pastu..terbuka plak nafsu untuk makan...hahahaha...
so, kami pun makan la....
kami pesan air dua kali...abang tu sampai cakap dengan kami...
'lau yang ni tak cukup, tak tau la'...
tu abang bikin wa panas.....
huhu...
time tu kan..agak panas la juak..lagi pun...kami kan pelanggan...
eerrrggghhhhh....
layan la..baik2..lafaz kan la..kata2 yang manis....lau dengan pelancong dorang wat camtu...adoi...buruk nama negara kita....
errgghhhh...memalukan bangsa....



Dalam..perjalanan, selesa la juak...
aq bersyukur sangat2..coz fon aq tak low bat...lau low bat...sepanjang perjlnan tu..aq bagaikan telah mati...ini kerana...
hahahahaha....
aq tak dapat dengar lagu...tapi tu tak berlaku...syukur la...
susah aq mau idup tanpa music...hihi...



Setibanya di Kuantan...tapi masih dalam bas lagi...
aq tengok ada pulak berlaku kemalangan kecil...
melibatkan dua buah kereta...
kancil n myvi...
juga melibatkan 2 bangsa yang berbeza...
melayu n cina...
huhu....
jan la berlaku pargaduhan yang bole menimbulkan isu perkauman...
hihi....


erm...k la....aq da penat sangat....huhu....
be happy....



with love:
arisa wina