Friday, March 5, 2010

'saya dah berpunya' (istilah yg cukup bahaya!).

Assalamualaikum, saya bukanlah nak sibuk atau masuk campur dengan urusan puak-puak yang bercouple. Tapi cuma saya ingin mengemukakan pendapat saya, supaya orang lain dapat menilai dan mengambilnya jika ianya baik dan mengkritik dengan baik jika ianya tidak betul.



Kamu nak couple atau tak, itu terpulanglah. Kalau nak bunuh diri disebabkan cinta pun dipersilakanlah, itu urusan kamu dengan Allah. =)





Saya rasa kasihan dengan kebanyakan orang wanita yang kebanyakannya dipermainkan oleh orang lelaki, mana taknya, orang laki ni ayat2 dia hebat2 dan power. Baru tegur sikit kononnya pakaian si awek ni cantik , habis terus si awek tu cair, dan terus bagi no phone.



Selalu sangat saya dengar orang perempuan yang dah ada teman lelaki mesti dia kata 'aku dah berpunya'...kat myspace ni pun ada banyak, tengokla sapa2 yang tulis tu. 'im not single, dah berpunya dah', atau istilah lain saya 'kepunyaan si fulan (nama lelaki dia)'.




Untuk saya, pengakuan sebegini amatlah berbahaya kerana ia mempunyai pengertian yang mendalam. Dan Kalau teman lelaki die bijak, pasti dia akan memanipulasi ayat itu.
Sebagai contoh, kalau kamu katakan kamu empunya si fulan ianya bermaksud kereta ini adalah kepunyaan saya, maka saya boleh buat apa saja dengan kereta ni, nak ubah suai ke, nak rosakkan ke, nak tambah apa2 ke, itu saya punya pasallah, sebab kereta ini kepunyaan saya!. Macam tu jugak untuk wanita. Janganlah marah kalau teman lelaki kamu main kayu tiga ke, cabul atau merosakkan kamu sebab kamu sendiri yang claim kamu kepunyaan dia. Jadi dia berhak melakukan apa sahaja ke atas kamu. Bayangkan kalau ada lelaki yang hebat dalam berkata2. Habis, si awek tak tahu nak kata apa, terkelu lidah. Menyesal pun dah tak guna. Diri dah rosak. heee



Saya lebih gembira menjadi kepunyaan Allah. Saya diciptakan oleh Allah, maka dia berhak lakukan apa sahaja ke atas saya. Dan saya berasa selamat menjadi kepunyaannya. Anda bagaimana?. Anda selamat menjadi kepunyaan boyfriend anda? hehehe
Saya tahu, pasti ramaaiiiii golongan wanita yang takkan berpuas hati dengan pendapat saya ni. Mesti ramai yang akan menentang dan mengkritik saya dengan teruk. Apapun, saya buat ni pun disebabkan sayang sesama muslim.



"tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama muslim sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.."



*mungkin ada yang kata, alaa minaht ni, istilah2 ni pun nak kecoh, orang kata kepunyaan si fulan pun sebab nak bagitahu kat orang laki supaya jangan kacau aku! aku dah ada bf!...ok no problem..tapi hati2la, saje2 pun boleh bawak padah.
terpulanglah pada individu dengan penilaian mereka...Maaflah kalau ada yang terasa ok.



Saya sendiri pun kalau di takdir kan mempunyai couple, insyaAllah tidak akn mengisytiharkan diri saya kepunyaan 'dia'..cuma mengistiharkan yang saya sedang menjalani hubungan dengan 'dia'....saya cuma manusia biasa yang cetek ilmu...sama-sama lah kita saling tegur menegur...

No comments:

Post a Comment