Monday, October 26, 2009

Final Exam



Debaran kian terasa, aura exam kian membahang.
Rasa takut menghantui setiap ketika.
Buku menjadi bahan peneman di kala aku rasa ketakutan terhadap kenyataan exam.
Kepakaran terhadap bidang ilmu yang aku tidak kuasai menjadikan aku semakin gemuruh.
Apakah kesudahan nya nanti?
Adakah aku akan berjaya?
Semuanya persoalan yang membunuh sanubari ku.
Keyakinan diri yang dulu nya aku miliki, kini kian lenyap dek kerana akal ku tidak mengusai ilmu dengan sebaik nya.
Hanya ALLAH S.W.T yang tahu apa yang akan berlaku.
Sebagai insan, kita hanya mampu berusaha dan berdoa.
Ramai manusia di muka bumi ini, cuma mempersiapkan diri mereka untuk menerima kejayaan.
Tidak mempersiapkan diri untuk menerima kenyataan kegagalan.
Kerana hal ini, ramai yang hilang arah.
Oleh itu, aku akan mempersiapkan diri menerima kegagalan.
Memang pahit untuk kita telan kenyataan kegagalan,
namun itu lah dugaan.
Setiap insan akan menerima kegagalan yang berbeza
kerana Tuhan telah menentukan.
Saat ini, ketahanan mental dan keyakinan pada pencipta amat di perlukan.
Apapun yang akan berlaku, final exam mesti di tempuhi.
Restu dari guru2 dan ibubapa amat membantu.
Kesihatan diri mesti di beri perhatian.
Ini akan membantu kita menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik dan membantu otak kita sendiri.
Nasihat pada pembaca dan pada diri sendiri,
jaga kesihatan dan pastikan mendapat rehat yang secukupnya.
Doa banyak2, insyaAllah.



No comments:

Post a Comment