Wednesday, December 30, 2009

Happy New Year


Tahun 2010 ankan tiba dalm hanya beberapa minit lagi. manakala aku masih di sini (d ostel kolej)
di himpit dengan kebosanan, mungkin ada kebaikan di sebalik apa yang berlaku, so, tak kesah lah.
Tahun 2009, secara ringkasannya, aku lebih banyak belajar berdikari dan banyak lah juak kesedihan yang aku alami, Semuanya adalah untuk bekalan menghadapi tahun 2010 ni.
Tahun ini, banyak aku dapat kawan2 baru bila masuk plkn dan kolej.
Happy lah juak, yala da makin di kenali, hahahahaha....



Secara peribadinya, aku belum lagi bersedia untuk melangkah ke tahun baru ini, tapi waktu akan sentiasa bergerak tanpa belas kasihan. Itu lah hakikatnya.



Banyak juak lah harapan yang aku inginkan untuk tahun baru ni, normal lah kan.
Yang pasti, semuanya benda yang baik sahaja, namun kalau di duga, harap2 aku dapat lah hadapi.



Nampaknya, 1 Jan akan aku sambut tanpa ibubapa dan keluarga, adoi, sedihnya, nasib lah tahun baru hijrah aku sempat sambut dengan keluarga terdekat.
Tahun 2010 akan aku sambut bersama dengan kawan sebilik di kolej yang 'tercinta'.
Jika sambutan hari jadi ku yang ke 18 di sambut bersama2 dengan kawan2 plkn, sambutan hari kemerdekaan tahun 2009 juga di sambut bersama dengan kawan2 di kolej, so, kali ni, akan di sambut juga bersama2 kawan2.



Kolej ni, da menjadi tempat untuk aku melakarkan kenangan.
Samada yang sedih, gembira dan macam2 lagi lah perasaan.
Apa pun, thanks banyak2 kepada sahabat2 yang ada di samping ku selalu.



Last sekali, aku nak ucapankan lah Happy New Year kepada semua.
Harap2 lah sambutan New Year ni, tidak menjejaskan akhlak muslimin. Amin.



Peringatan kepada diri sendiri, dan rakan2, kita boleh juga turut meraihkan tahun baru masihi ni, tapi, jangan lah sampai kita terjerumus kapada benda yang tak baik dan melanggar hukum agama kita.
Ingat Allah!!!



Tuesday, December 29, 2009

Berapa Kali Nak Cakap Couple Tu Haram

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram
www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur.

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya....

maafkan aku jika terasa

Sunday, December 27, 2009

Rahsia Ejaan Nama

A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

B - anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C - anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D - anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E - anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).

F - semua orang menyayangi anda.

G - anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.

H - anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.

I - anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.

J - anda seorang yang cemburu.

K - anda suka mencuba perkara-perkara baru.

L - anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.

M - kejayaan mudah datang kepada anda.

N- anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O - anda seorang yang berfikiran terbuka.

P - anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.

Q - anda seorang hipokrit.

R - anda seorang yang gemar social.

S - anda sangat broad-minded (fikiran terbuka).

T - anda ada sikap canggih, amat canggih.

U - anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.

V - fizikal anda baik sekali.

W - anda suka menyendiri.

X - anda tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut anda buat.

Y - anda selalu penyebab pada banyak masalah.

Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.

Wednesday, December 23, 2009

Hari Pendaftaran


Tiba lah waktunya tuk kami mendaftaran sebagai pelajar sem2.
Ramai lah jugak yang datang daftar awal2 ni.
Aku dan Mira terpaksa lah bangun awal, walaupun tidur lewat.
Awal2 pagi pas da siap, kami terus p cc, on9, sambil tunggu Yaya datang untuk daftar sama2.
Yaya datang jak, kami terus p bahagian kewangan, tapi kena p perpustakaan pulak. So kami p lah, dengan tanpa rasa kekurangan kami terus duduk depan kakak tu tuk wat pembayaran, pastu kakak tu tanya kami balik, dia tanya mana borang kami, kami pa lagi, saling berpandangan, masing2 blur.
Borang apa pun kami tak tau, pastu kakak tu bagi tau lah kena ambil borang p bahagian pemasaran dulu, malunya kami, hahahahaha.....
Yala kami tak tau pun kena ambil borang, hahahaha....
last2 malu sendiri.
Sampai jak di bahagian pemasaran, kakak tu minta potostat keputusan kami 2, kami da wat siap2, tapi da bagi d bahagian kewangan, so, tinggal 1 lah.
P la kami potostat n beli pen untuk isi borang tu,
time isi borang, pen yang baru jak aku beli tu, tak berguna betul lah, leh pulak dia takda ink, eeee, panas tul aku jadi nya.
Nasib tak mahal.
Pas kami da daftar, datang lah c syuk, so kami temankan lah dia p mendaftar.


Tanggal 22 dec, akan kami kenang, sebab ari ini lah paling malang sekali untuk bestfren kami ni.
Camni ceritanya, pas syuk da daftar, dia mau bayar lah yuran, p library, tapi tutup da, so, kami plan lah tuk p Mid, kami naik lah teksi untuk p Sentul Timur, hampir tiba di sana, syuk mintak dompetnya dengan yaya, yaya blur lah, pastu yaya bagitau lah, dompet syuk bukan dia yang pegang. Syuk baru perasan yang dompet dia tiada dengan nfon.
So, kami patah balik untuk ke Kolej.
Cari lah merata tempat, tapi tak jumpa.
Last harapan kami, cari di bahagian pemasaran sebab tu lah destinasi terakhir kami, tapi tutup pulak, so, kami tunggu lah depan bahagian pemasaran tu sampai jam 2.
Banyak lah yang kami fikirkan, tapi bersyukur lah, sebab duit tuk mendaftar tu bukan berada dalam dompet tu. Tepat jam 2, kami terus meluru masuk ke dalam pejabat tu, bertanya pasal dompet, sedih betul time kakak tu cakap dia tak tengok pun, so kami duk luar lah, sempat lagi syuk belanja kami minum air cincau. Syuk lak, p lah wat pembayaran. Pastu dia dah redha da.
Yala, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.






Kami punya plan tuk p Mid, still on lagi, walaupun nfon dan dompet kawan aku hilang kan, masing2 da lapar ni, so, kami mengatur langkah kami p Mid. Dalam perjalanan tu, kawan aku ada call, dia cakap sal invois mara, aq terkejut lah, pastu bagi tau member yang lain, sama2 lah kami takut, kami call lah kawan masing2, rupa2nya, just perlu tanda tangan jak, huuu...
lega lah.
Bila dah sampai mid, terus p food court, makan, huhu..
yala da lapar, sarapan pun tidak.
Pas da makan, jalan2 lah, kami cari lah 1 kedai kasut ni, syuk yang beriya-iya sangat.
So, kami sama2 lah jalan, tengok peta banyak kali ni, tak juga jumpa, pelik tul, dalam peta ada lak, adoi, pastu aku dengan syuk berpecah dengan mira dan yaya, dorang p tempat lain, kami arah lain.
Tapi dalam 1 jam kemudian kami jumpa balik,yaya da nak balik da, coz takut mak dia marah balik lewat sangat.
Dalam perjalanan balik tu, kami sempat juak tengok wayang free, seorang pemuda muslim dan muslimah, huuuuu....
dorang kissing, tak patut betul.
Ish, rosak mata, tak malu kah dorang tu.



Setibanya, di hostel, syuk ada terima sms dari insan yang baik hati, mengatakan yang dia jumpa dompet syuk, so, syuk call lah, untuk lebih pasti lagi. Bersyukur nya kami, tapi tu lah, insan tu tak pulak jumpa nfon syuk yang lagi 1 tu, tapi tak pa lah. Ada ic pun ok lah kan.
Insan tu cakap, dia jumpa dompet tu dekat meja batu di tepi kolej, so dia pun bawak lah balik dompet tu, malam nya baru teringat ada jumpa dompet.
Syuk lega sangat.
Yeeepppiii...

Tu lah cerita kami sepanjang hari pendaftaran.



Setibanya D Kolej



Setibanya di KL Sentral, aku dan Mira terus p makan, lapar la pulak kan.
Pas makan terus jak p kolej naik teksi, pak cik tu baik lah.
Time da depan kolej, sedih lak hati ku tiba2, tapi tak nangis lah, kami letak barang kami, pastu p pejabat warden, minta kunci, dalam bilik warden lama lak kami bercerita dulu dengan warden, hahahaha, macam2 cerita wujud.
Semasa dalam perjalanan menuju kolej, Sue ada cakap, bilik 7-1-4 sudah orang tempah, punya lah risau bilik kena ambil orang, macam2 yang aku fikir, mira pun risau tahap dewa sudah.
Takut betul lau kakak senior tu semuanya garang2.
Syukur juak la, itu tak berlaku, kami stay jugak dalam bilik kami yang lama ni dengan member bilik yang sama.
Kami sebenarnya, ada melakukan kesalahan asrama, hahahaha, di larang tuk tinggalkan barang2 dalam loker, kami buat jugak, yala kami kan jauh.
Kak Faridah ada cakap, yang dia buat juga pemantauan bilik ke bilik tu.
So kami cemas la, terus call member yang lain, semua da risau.
Pas da dapat kunci bilik, kami cepat2 p bilik, mau tengok barang2 kami, fuuuuhhh, punya bersyukur barang2 tu semua masih wujud.
Tapi kami tak terus call member kami, bikin drama dulu kami.
Kami cakap lah, semua barang2 tu dah kena buang, 1 benda pun tiada, hahahahaha.....
dorang percaya pulak kan.
Semuanya melontarkan nada cemas, risau, di tambah pulak dengan drama ke-2, kami cakap, nanti uint kami kena denda sebab paling banyak melakukan kesalahan, hahahahahah....
makin dorang takut.
Sorry lah ya, lama sudah ndak kacau kamu ni, best lak.



Malam tu, takut jugak lah, yala aku dengan mira jak dalam unit 7-1, cadang mau tidur awal lah, esok mau bangun awal kena p mendaftar.
Adoi, tak bole tido pulak, even penat betul, mata pun merah da, tapi tak leh tido.
So, aku on9 lah, webcam dengan Syuk, member bilik, kami bagi tengok lah dia keadaan bilik, bagi tengok lah bahawa mang semua barang2 kami mang da kena buang. Percaya la kan.
Hahahahahaha.
C Mira, sanggup dia bukak cadar katilnya, semata-mata tuk tunjuk dengan c syuk. Makin lah dia percaya.
Memang semua barang kami kena buang.
Hahahahahaha.
Sorry syuk.

Sunday, December 20, 2009

Selamat Tinggal Tanah Air Ku

Selamat tinggal tanah air ku. Esok dengan izin Allah s.w.t, aku akan berhijrah ke Kuala Lumpur.
Sedih yang menemani aku kini, terpaksa berpisah dengan keluarga demi 1 hasrat.
Jika di beri peluang, ingin sekali untuk tidak meninggalkan Tawau Sabah.



Hari ini, hari terakhir ku berada di rumah, sebelum cuti yang akan datang. Aku manfaatkan sepenuhnya masa yang cukup bernilai ini, aku meluangkan masa bercerita dan mengusik ibubapa yang tercinta.
Menghabiskan tenaga untuk berjalan-jalan di bandar Tawau di temani oleh ibubapa sebelum aku pergi.
Selain daripada itu, aku juga makan dengan gelojoh, hahahaha, aku tahu nanti setibanya aku di Kuala Lumpur, semua menu kegemaranku, jauh dari pandangan ku.
Selama seminggu sebelum aku pergi, walaupun sibuk dengan majlis perkahwinan, ibuku banyak menyediakan menu kegemaranku.
Bahagianya hidup.
Syukuralhamdullilah.




Malas pula rasanya untuk kembali ke Kolej, adoi, dengan keadaan asrama yang begitu 'indah', suasana yang 'damai', menjadikan aku lebih rela tinggal di hutan.
Dulu sebaik sahaja aku mengetahui bahawa aku terpilih untuk mengikuti latihan khidmat negara, aku sering kali bertanya, kenapa?
Baru sekarang aku tahu hikmah di sebaliknya, jika dahulu aku adalah seorang yang berharap dengan ibubapa dan langsung tidak peduli apa itu makna berdikari. Kini aku telah mengenal makna berdikari. Memang sukar pada mulanya untuk belajar hidup berjauhan dengan kedua orang tua, namun dengan dorongan dari mereka sandiri serta bantuan dari kawan-kawan, akhirnya aku berjaya.
Amin.
Kepada geng-geng PLKN, terutamanya geng dorm Delta terima kasih aku ucapkan.
Feqah, Bay, Faridah, Tini, Husna, Farahin, Ina, Ida, Vino, Dayna, Syedah dan yang lain2....
AKU RINDU KAMU.....



Aku akan meniti perjalanan esok bersama sahabat karib ku, Nur Amira Adilla.
Semoga kami selamat sampai.
Amin.


Saturday, December 19, 2009

MY WISH 4 U....



RINDU....Padamu sahabat ku!


Dila, kak lai, anik dan mira..sahabat ku yang aku rindui. Bila lah lagi kita akan bertemu. Aku rindu kamu semua. Ingin bertemu lagi, untuk melakar banyak kenangan bersam-sama.
Terlalu banyak lukisan yang kita lakarkan bersama, terlalu banyak warna yang kita gunakan.
Hasilnya, huhu, amat memberangsangkan, sehingga mampu membuatkan aku menangis.
Kerinduan terhadap diri kamu, amat menyiksakan, sehingga aku mengerti apa yang di katakan, 'sahabat adalah matahari dunia'.
Hanya gambar yang menemani aku kini, walaupun kita berada di satu daerah yang sama, waktu untuk kita bertemu untuk melepaskan rasa rindu ini, amat tidak mengizinkan.
Masa terlalu membenci kita untuk melukis bersama-sama.
Masa adalah ujian kita kini.
Mari hadapi bersama.
Aku, yakin kita mampu.
Dengan satu kekuatan, PERSAHABATAN.





Terkenang setiap detik yang kita lalui bersama. Ingin sekali mengusai waktu agar tidak kita terpisah, namun, inilah drama dunia. Setiap yang bertemu itu pasti akan berpisah, berat rasanya hati ini, bila teringat kembali saat kita mengucapkan selamat tinggal sesama sendiri.
Sayu menyelubungi.
Persahabatan kita amat indah.
Bersyukur kepada Tuhan kerana di beri peluang untuk mempunyai sahabat seperti mu wahai sahabat ku. Terima kasih kerana telah mendewasakan aku, untuk menempuhi dunia persahabatan.





Aku bukan manusia yang sempurna, aku tahu bahawa aku banyak melakukan kesilapan, secara sedar ataupun tidak. Kini, aku hanya mampu memohon maaf di atas semua kesilapan ku. Dila, kak lai, anik dan mira, maafkan aku.
Terima kasih juga kerana sudi melengkap aku dengan persahabatan ini.
Selain daripada itu, aku juga telah memaafkan semuanya.
Aku bersyukur kerana, kita tidak pernah mempunyai masalah yang terlalu besar. Namun aku amat takut dengan masa yang cukup mencemburui kita.
Aku menati saat yang indah untuk kita bersama2 lagi.
Moga ini akan berlaku.
Amin.


Persahabat antara benda yang mampu melemahkan aku.
Inilah antara kelemahan ku, setiap sahabat ku, memegang kuasa ini.
Taniah.

Friendship isn't about whom you have known the LONGEST,
who came FIRST or who CARES the Best,
it's all about WHO CAME AND NEVER LEFT.




Thursday, December 17, 2009

SaLaM Ma'aL HiJrAh


Salam Hijrah kepada semua.
Di tahun yang baru ni, banyak yang aku perbetulkan. Penghijrahan amat perlu aku lakukan dengan penuh komitmen. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, kalau ada halangan pun aku harap aku dapat hadapi. Amin.
Apa yang aku kesalkan adalah sambutan untuk Maal Hijrah ni, di kalangan remaja Islam.
Kalau sambutan tahun baru ikut kalender masihi, memang di sambut dengan meriah oleh remaja Islam. Sayu juga hati ini, bila tengok remaja Islam lebih mengagungkan budaya barat.
Tapi apa aku boleh buat, aku bukan nya orang yang mempunyai kuasa. Membenci dengan hati, adalah selemah2 iman. Takpa lah, sabar jak la.
Pada tahun baru masihi, ramai yang akan keluar pergi bersama dengan kawan2 mereka. Meraikan tahun baru, malangnya, setiap sambutan yang diadakan itu, ramai remaja muslim yang hilang maruah diri mereka.
Sedarkah mereka bahawa, sambutan tahun baru masihi bukan nya tahun baru Islam. Tahun baru hijrah adalah tahun baru kita yang sebenarnya.
Kalau kita bincangkan hal ini, huhu, tak akan habis.
Takpa lah, asalkan kita tak buat ok lah tu.
Hampir terlupa aku, nak bercerita pasal azam baru.
Azam tahun baru aku?????
Aku cuma berazam agar apa yang aku lakukan semuanya berjalan dengan baik, dan segala perhubungan yang aku jalankan, tidak terputus begitu sahaja.
Adalah lagi yang lain, tapi ni jak la yang dapat di kongsikan.
Kepada pembaca, selamat menyambut Maal Hijrah ya, jangan lah kita punya azam itu berkobar-kobar masa di awal-awal hijrah jak.

Kepada pembaca, terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk membaca.

Utusan Maal Hijrah

Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang…

Ya Allah Tuhan kami, segala pujian dan kebesaran hanya milikMu,

Ya Allah yang Maha Berkuasa di atas segalanya,

Yang Maha Besar dan Maha Tinggi,

Kami memohon dari KebesaranMu dan KekuatanMu,

Ya Allah, berilah kemenangan kepada mujahidin yang ikhlas di jalanMu,’

Ya Allah, semoga Engkau sentiasa di sisi mereka,bersama mereka,

Ya Allah, Engkau berilah kemenangan kepada mereka,

Berilah kekuatan kepada mereka,

Ya Allah Tuhan kami…

Satukanlah hati,pemikiran dan pandangan mereka,

Ya Allah fokuskan bidikan senjata mereka,

Gabungkanlah kekuatan dan hujah-hujah mereka,

Ya Allah tetapkan hati dan pendirian mereka,

Ya Allah kuasai musuh-musuh mereka,

Ya Allah pecah belahkan kesatuan musuh-musuh islam,

Ya Allah lunturkan semangat dan moral mereka,

Ya Allah,lemahkanlah kekuatan mereka,

Ya Allah campakkan ketakutan yang amat sangat dalam hati mereka,

Ya Allah,Tuhan kami, nasib kami di tanganMu,

Segala urusan kami serahkan kepadaMu,

Ya Allah Engkau Maha Mengetahui keadaan kami dan apa yang terjadi,

Ya Allah tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuanMu,

Ya Allah hanya kepadaMu kami mengadu kesengsaraan kami,

Ya Allah hanya kepadaMu kami mengadu kesedihan kami,masalah kami,

Hanya padaMu kami mengadu ketidakadilan dan kezaliman kaum yang menindas,

Hanya kepadaMu kami mengadu kekejaman orang yang jahil,

Hanya kepadaMu ya Allah kami mengadu akan penindasan dan penipuan agen penjajah,

Hanya kepadaMu ya Allah kami mengadu ketidakadilan dan kekejaman pendendam Nasrani,

Ya Allah zaman gelap penjajahan dan kezaliman telah berpanjangan,

Ya Allah kebencian dan dendam kesumat golongan yang tidak beriman kepadaMu sangat mendalam,

Begitu juga pembelot agama dan agen penjajah,

Ya Allah,

Ya Allah..kirimkan bantuanMu,

Kirimkan bantuan dariMu untuk menegakkan kebenaran,

Agar kami dapat bangkit dari penghinaan ini,

Agar kami dapat bangkit dari fitnah ini,

Agar kami dapat musnahkan musuh-musuh islam,

Ya Allah, tumpaskanlah segala unsur-unsur ketidakadilan dan sumber penindasan,

Ya Allah arahkanlah kekuatanMu untuk musnahkan kekuatan Amerika - negara pusat kekufuran, pusat fasad,

Ya Allah Engkau Maha Mengetahui keadaan mereka, yang menyebarkan segala fasaad di muka bumiMu,

Ya Allah mereka bunuh makhlukMu dan para hambaMu,

Ya Allah mereka menghina agamaMu,

Ya Allah,Engkau Maha berkuasa ke atas mereka,

Arahkan kekuatanMu memusnahkan mereka,

Ya Allah kirimkan ke atas mereka angin ribut kaum ‘Aad,

Ya Allah kirimkan ke atas mereka jeritan kaum Thamud,

Ya Allah kirimkan ke atas mereka badai kaum Nuh,

Ya Allah kirimkan ke atas mereka mereka balasanMu yang datang dari langit,

Dan balasan yang keluar dari bumi,

Ya Allah jadikan perpecahan dalam negara mereka,

Ya Allah jadikan mereka berpecah belah,

Lemahkan kekuatan para penjajah,

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,

Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri,

Ya Allah jadikan mereka berada di dalam geggaman para hambaMu,

Ya Allah jadkan badai taufan berterusan untuk mereka,

Ya Allah bebaskan saudara islam kami yang ditawan,

Ya Allah bebaskan saudara islam kami dan kuatkan mereka,

Ya Allah teguhkan iman mereka,

Jadikan pelbagai cara untuk membantu mereka,

Ya Allah tangani orang yang menyiksa mereka,

Hapuskan cengkaman mereka dengan keagunganMu dan kekuasaanMu,

Ya Allah, jadikan rencana jahat musuh-musuh islam sebagai penyebab kehancuran mereka dan berbalik kepada mereka,

Ya Allah, Tuhan Seru Sekalian Alam,

Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri,

Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan,

Yang Maha Mendengar doa,

Yang Maha Dekat, Yang Maha Mengabulkan doa,

KepadaMu kami memohon,

Kami yakin dengan janjiMu dan penerimaanMu akan doa-doa kami,

Dan kata-kataMu adalah benar semata,

Sesungguhnya Engkau telah berfirman :

“Berdoalah kepadaKu dan Aku perkenankan doa kamu.”

Ya Allah perkenankanlah doa kami ini,

Ya Allah Yang Maha Hidup,Yang Maha Berdiri Sendiri,

Yang Maha Perkasa,Yang Maha Menguasai segala yang berada di langit dan di bumi,

Ya Allah selamatkan Al-Aqsa dari kekejaman yahudi,

Bebaskan Al-Aqsa dari cengkaman setiap kafir yang dengki,

Ya Allah dapatlah kami melihat kebebasan al-Aqsa dan musnahkanlah yahudi,

Tuhan yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan,

Ya Allah,semua makhlukMu adalah hina dan lemah di sisiMu,

Kerana Engkau Maha Mulia dan Maha Gagah,

Ya Allah,Tuhan Pencipta kami dan menjadikan manusia dari satu jiwa,

Ya Allah,Tuhan Yang Maha Tinggi kedudukanNya,

Yang Maha Gagah Perkasa,

Kami memohon kudratMu,agar Engkau berikan kemengangan kepada islam dan umat islam sedunia,

Ya Allah Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri,

Ya Allah lindungilah dan peliharalah para ulama’ yang berkerja keras,

Tetapkanlah pendirian dan iman mereka yang tetap ikhlas mengajak manusia ke jalanMu,

Tinggikan darjat mereka yang sentiasa mengajak manusia mengerjakan makruf dan mencegah melakukan mungkar,

Dan cucurilah rahmatMu dan keberkatan ke atas muslimin yang menyertai dan mendukung usaha baik mereka..

Ya Allah Yang Maha Hidup,Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan,

Ya Allah Engkau sediakan balasan terhadap kejahatan mereka,

Hinakan kehormatan mereka,

Jejaki pusat mereka,

Dan bagi mereka yang Engkau enggan memberi hidayahMu,

Jadikan kesengsaraan sebagai nasib mereka,

Jadikan bala bencana pada hidup mereka,

Tukarkan kesihatan mereka menjadi sakit,

Gantikan kekuatan mereka menjadi lemah,

Tukarkan kekayaan mereka menjadi kemiskinan,

Kekuasaan mereka menjadi tak berdaya…

Amin ya rabbal ‘alamin…

( Petikan dari Doa Syeikh Muhammad Al Mohaisany,

Doa Qunut Solat Terawih, Ramadhan 1422H,

Masjidil Haram Makkah )

~Beliau telah ditangkap oleh rejim Arab Saudi setelah selesai berdoa~

“Palestin…lagi-lagi palestin…entah bila akan berakhir….”

Skrin komputer dipadamkan,lipatan akhbar ditutup rapat..umat islam kembali bergelimpangan meneruskan rutin kehidupan..Palestin hanya kembali diingati apabila lipatan akhbar diselak semula…palestin hanya meniti dibibir-bibir manusia hanya setelah begitu ramai yang terkorban…

Benarkah kita antara yang peduli?

Sebenar-benar prihatin?

Dapatkah kita rasai, selami ketakutan yang sama,kesedihan yang sama,duka..derita..sengsara yang dirasai saudara-saudara kita di sana?

Sesungguhnya kita masih lena dengan limpahan kemewahan dan kesenangan…

peduli kita hanya peduli yang kosong belaka..

malulah kita…

malulah kita…

kerana masih ada lagi saudara islam kita di sana berada di dalam sel yang mengerikan, yang tidak layak dihuni manusia.. sedangkan kalian masih mampu bergelak ketawa dalam nikmat kurniaanNya..

malulah kalian…

kerana masih begitu ramai para syuhada berguguran setelah gugurnya syahid yang lalu…sedangkan kita masih di sini ,bermalas-malasan..lalai…

Do we really care?

Ya Allah…buka mata kami…buka hati kami…ya Allah ya nurul qalbi…cahaya hati..

Peduli Palestin!!

Tak kenal maka tak cinta~ cinta adalah proses..dari ada, kemudian hadir, lalu tumbuh berkembang..dan perlu merawatnya..

Mari mengenali palestin supaya kita cinta, sayang, peduli dan benar-benar merasai kesusahan yang sama yang dialami saudara kita di sana.

“Perumpamaan orang mukmin dalam cinta mencintai, kasih mengasihi, sayang menyayangi adalah laksana satu tubuh. Jika salah satu anggotanya sakit, maka seluruh tubuhnya akan berasa sakit demam.”

~HR Muslim

Kenapa hati ini perlu bergetar dengan rasa marah yang berhambur?

~Palestin adalah milik umat islam! Palestin merupakan tanah waqaf umat Islam. Di sana terdapat Al-Masjid Al-Aqsha, tempat para nabi dan rasul, tempat Isra’ Rasulullah saw., dan tempat yang sangat diberkati Allah swt.

Kerana Palestin adalah masalah utama umat islam!

Wednesday, December 16, 2009

Balung dan Abaka







Bekas sekolah aku dah bertambah cantik dengan kahadiran mural-mural ni.
Ada lagi banyak gambar pembagunan di S.M.K Abaka.
Ini baru sekolah Abaka, belum lagi gambar terbaru S.M.K Balung.
Tak berkesempatan pulak aku mau ambil gambar S.M.K Balung, mural-mural di sana pun cantik-cantik juga, dorang c anas dan geng nya yang buat, ada jugak lah geng yang lain.
Bangga pulak dorang nanti.
Tapi maaf lah ya, aku tak sempat ambil gambar mural yang kamu ambil, biasalah aku kan budak yang tepati waktu.

Bila di fikir2 balik, cemburu jugak aku. Yala, bila aku dah pindah, baru lah mau cantik sekolah ni.
Haiz, malang la pulak. Tapi tak apa, yang penting bila sebut jak nama sekolah, mesti bangga kan, sekolah dah cantik.
Banyak betul kenangan dulu kan.
Aku susah mau lupa ni, walaupun kenangan yang tak best.
Di sana lah, aku belajar banyak benda. So mang susah lupa lah.
Kawan-kawan banyak betul, bersyukur sangat aku.
huhu....
Maaf la ya, sapa yang aku tak selalu meseg tu, aku bukan apa, cuma memberi waktu untuk kamu, merindui aku, Haahhahahaha....