Sunday, December 20, 2009

Selamat Tinggal Tanah Air Ku

Selamat tinggal tanah air ku. Esok dengan izin Allah s.w.t, aku akan berhijrah ke Kuala Lumpur.
Sedih yang menemani aku kini, terpaksa berpisah dengan keluarga demi 1 hasrat.
Jika di beri peluang, ingin sekali untuk tidak meninggalkan Tawau Sabah.



Hari ini, hari terakhir ku berada di rumah, sebelum cuti yang akan datang. Aku manfaatkan sepenuhnya masa yang cukup bernilai ini, aku meluangkan masa bercerita dan mengusik ibubapa yang tercinta.
Menghabiskan tenaga untuk berjalan-jalan di bandar Tawau di temani oleh ibubapa sebelum aku pergi.
Selain daripada itu, aku juga makan dengan gelojoh, hahahaha, aku tahu nanti setibanya aku di Kuala Lumpur, semua menu kegemaranku, jauh dari pandangan ku.
Selama seminggu sebelum aku pergi, walaupun sibuk dengan majlis perkahwinan, ibuku banyak menyediakan menu kegemaranku.
Bahagianya hidup.
Syukuralhamdullilah.




Malas pula rasanya untuk kembali ke Kolej, adoi, dengan keadaan asrama yang begitu 'indah', suasana yang 'damai', menjadikan aku lebih rela tinggal di hutan.
Dulu sebaik sahaja aku mengetahui bahawa aku terpilih untuk mengikuti latihan khidmat negara, aku sering kali bertanya, kenapa?
Baru sekarang aku tahu hikmah di sebaliknya, jika dahulu aku adalah seorang yang berharap dengan ibubapa dan langsung tidak peduli apa itu makna berdikari. Kini aku telah mengenal makna berdikari. Memang sukar pada mulanya untuk belajar hidup berjauhan dengan kedua orang tua, namun dengan dorongan dari mereka sandiri serta bantuan dari kawan-kawan, akhirnya aku berjaya.
Amin.
Kepada geng-geng PLKN, terutamanya geng dorm Delta terima kasih aku ucapkan.
Feqah, Bay, Faridah, Tini, Husna, Farahin, Ina, Ida, Vino, Dayna, Syedah dan yang lain2....
AKU RINDU KAMU.....



Aku akan meniti perjalanan esok bersama sahabat karib ku, Nur Amira Adilla.
Semoga kami selamat sampai.
Amin.


No comments:

Post a Comment