Tuesday, December 15, 2009

Cuti Semester


Sepanjang cuti sem ni aku tak banyak buat papa, aku penuhi masa lapang ku dengan komputer dan online sahaja. Pergi ke bandar pun jarang-jarang. Malas pulak rasanya mau keluar dari rumah. Aku tak pernah pulak rasa bosan duduk di rumah ni. Apy jak aku rasa, dunia aman.
Berhubung dengan kawan2 ku, mengisi jadual ku, ber'ym' dengan mereka, itu lah tujuan utama aku on9. Walaupun mak aku, kadang2 tu, tegur juga, kenapa lah aku asyik duduk depan laptop aku ni. Nasib baik aku tak kena marah sangat.
Bila waktunya untuk makan, aku akan makan dengan mak aku. Bapa aku, tak selalu ada di rumah ni, dia duk tempat lain. Bapa aku akan balik tiap hari sabtu dan ahad.
Masa ni da mencukupi untuk aku meluangkan masa yang berkualiti dengan 'parent' aku.
Selain daripada duduk di rumah, aku pun 'bizi' juga untuk menghadiri majlis perkhawinan.
Rasanya dah menjadi adat pulak, perkhawinan banyak di langsung 'time' cuti sekolah.
Bagus jugak lah, dapat lah berkumpul ramai2. Mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama sendiri.
Tinggal beberapa hari saja lagi, aku akan balik ke K.L.
Tanggal 21 aku akan berlepas dari Tawau ke Kuala Lumpur, dan bermula lah 'sem' baru untuk kami semua.
Bermula 'sem' baru bermaksud, bermulanya cabaran baru dan pembelajaran yang baru.
Cabaran yang bakal aku hadapi aku sendiri pun tak pasti apa yang akan terjadi.
Namun, aku hanya mampu membuat 1 persiapan iaitu persiapan mental.
Buat masa sekarang ni, aku banyak memikirkan kelas yang bakal aku duduki, risau lah pulak kalau2 dalam kelas nanti aku antara budak yang paling 'blur' ataupun aku lah budak yang paling bising sekali. Siapa yang pernah 'duk' satu kelas dengan aku tu, mesti tau punya. Hahahahaha....
Kalau ada yang tak puas hati tu, cakap jak lah, aku sedia menerima.
Tapi kalau tak berani, umpat sak la aku, huuhu, aku terima jugak tu. Yala kan, nanti bila di akhirat, aku tersenarai jugak antara umat yang banyak terima pahala 'free' ni.
Rasanya, macam tak mau pulak aku balik K.L, bukannya apa, sedih lah pulak terpaksa berjauhan dengan keluarga.
Rindu kepada kawan2 di Unikop memang tidak dapat di sangkal lagi.
Kepada kawan2 yang berjaya dapat ;pointer' yang tinggi2 tu, aku 'jeles' lah, tania k, yang senasib dengan aku, takpa lah, pa boleh buat. Kata mak aku, setiap apa yang terjadi pada diri kita ni adalah apa yang terbaik kepada kita yang telah diberikan oleh ALLAH s.w.t.
Hanya Allah s.w.t saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita, dan semua dugaan yang diberikan ni, adalah untuk kita tidak leka dalam arus dunia ni. 'So', mari lah kita berlakon di pentas dunia ni dengan sebaik nya.
hehe....
Tanggal 19 nanti, sebelum aku balik K.L ada jugak majlis pernikahan yang bakal berlangsung.
Pendek cerita, cuti 'sem' aku kali ni, di penuhi dengan majlis perkhawinan dan berkhatan.
Kepada kawan2 ACC 1A, kadang2 tu, aku teringat balik, semua lakaran yang kita buat time dalam kelas, ketawa sendiri jugak aku di buatnya. Hahahahaha.....
Untuk geng unit 7-1, harap2 kita masih 1 unit lagi di 'sem' yang baru ni kan, kita minta untuk 'stay' di unit yang sama lah ya, pastu kita buat kecoh lagi, kita buat lagi lakaran yang baru serta di penuhi oleh warna2 ceria.
Rindu semua.
Hope u guys, be happy and enjoy ur holiday.

1 comment:

  1. pd kau..mkn brsama parents 2 masa berkualiti???anak apa ko ni?????ko tau ka apa yg ada dlm hati parents mu 2????ko online 2 sapa bayar????pernah ko pikir suma 2?????jgn tutp minda mu 2...nnt lembap....ko igt dgn online 2 apa ko dpt????kawan atau parents lagi penting dalam idup mu???pikirla sendri

    ReplyDelete