Thursday, November 12, 2009

Nikah....

Hari ini hari yang paling bahagia buat kami seluruh keluarga sebab hari in, abang sepupu aku bernikah dangan kekasih idaman hatinya yang bernama Fauziah.
Dalam kedudukan kewangan yang selesa memang selayaknya dia bernikah dan membina masjid.
Hari ini juga aku belajar mengenai adat istiadat pernikahan kaum suluk.
Amat janggal rasanya apabila aku melihat upacara dan cara mereka menyediakan dulang hantaran.
Tidak ada unsur kemewahan namun sebaliknya iaitu penuh dengan adat yang telah dilakukan turun temurun.
Syukur kepada Allah s.w.t dengan hanya sekali lafaz sahaja, dua hati ini akhirnya bersatu.
Terpancar jelas di wajah raja sehari kebahagian.
Agak riuh suasana pada ketika itu, semua yang datang bersorak gembira tanda mereka telah bersatu.
Apa yang menariknya, golongan ibu ramai yang menggunakan baju kebangsaan kaum suluk.
Tidak ketinggalan golongan anak muda juga.
Sayang betul aku tak dapat tangkap gambar mereka, tak dapat la aku nak kongsikan bersama pembaca.
Baju ini amat unik, mareka menggunakan hiasan tembaga pada bahagian depan baju serta belakang baju.
Hiasan tembaga tersebut menimbulkan lagi seri baju yang polos.
Bahagian bawa pula, mereka manggunakan seluar yang mempunyai potongan yang besar.
Warna yang mereka gunakan tidak tertaluk pada satu warna sahaja.
Baju yang di gayakan, boleh dalam bentuk kebaya pendek.
Anak muda selalunya memilih untuk mengayakannya dalam rekaan kebaya.
Pada malm ini di rumah pengantin perempuan diadakan persandingan.
Aku sempat juga melihat persiapan pelamin.
Warna yang di gunakan lebih kepada warna2 flora.
Menarik sungguh.
Tetapi tidak dapat di jelaskan secara terperinci mengenainya, sebab aku sendiri tidak melihat pelamin yang penuh.
Pada hari sabtu yang akan datang pula, majlis sambut menantu dan persandingan kali kedua akan di adakan di rumah pihak lelaki pula.
Tidak sabar rasanya untuk menanti kehadiran hari itu.
Seluruh keluarga sangat sibuk untuk membuat segala persiapan.
Dengar kata, tema warna yang akan diadakan adalah warna merah dan putih.
Esok kami sekaluarga akan pergi sekali lagi untuk memberi bantuan tenaga untuk mempersiapkan segala yang perlu.
Moga-moga semuanya berjalan dengan lancar.
Pada tahun ini ayah kepada pengantin amat bertuah sekali, yala dalam tempoh setahun ini, beliau mendapat dua orang menantu.
Adik lelaki kepada penganti juga berkahwin pada pertengahan tahun ini.
Mereka tidak berkahwin secara serentak, tidak ada rezeki untuk mereka menjadi raja sehari berkembar.
Semoga mereka kekal bersatu dan
tabah menenpuhi hidup berkeluarga.
Amin.




No comments:

Post a Comment