Monday, October 26, 2009

Masalah Pelajar Berprestasi Rendah.

MASALAH PELAJAR BERPRESTASI RENDAH – UNDERACHIEVERS

MEREKA BUKAN MALAS:

Tetapi tidak ada wawasan / matlamat yang jelas dan mencabar untuk dikejar justeru tidak rasa tertekan untuk berusaha bersungguh-sungguh semasa di bangku sekolah. Mereka tidak ada apa-apa gambaran minda, tidak ada halatuju dan tidak ada perancangan masa depan.

MEREKA BUKAN BODOH:

Tetapi tidak faham atau kurang faham apa yang diajar oleh guru di kelas, justeru tidak dapat kuasai sebarang topik apatah lagi subjek yang dipelajari di sekolah. Oleh sebab itu mereka gagal menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

MEREKA BUKAN TIDAK BOLEH:

Tetapi mereka tidak meyakini kemampuan dan kebolehan diri sendiri. Mereka tidak percaya yang mereka juga ada kebolehan seperti pelajar lain yang berjaya, justeru tidak berusaha untuk menyerlahkan potensi diri yang dikurniakan Allah.

MEREKA BUKAN TIDAK PANDAI:

Tetapi tidak tahu cara belajar yang betul dan efektif seperti yang diamalkan oleh top students. Jika pun mereka berusha, mereka sekadar menghabiskan masa belajar tanpa mengambil kira sama ada masa yang digunakan itu memberikan pulangan atau tidak.

MEREKA MUNGKIN TIDAK ATAU KURANG BERUSAHA KINI …

Tetapi dengan wawasan serta matlamat yang jelas dan mencabar, keyakinan diri yang lebih mantap dan berbekalkan kaedah belajar yang efektif, nescaya mereka akan berubah untuk berusaha dengan lebih gigih selepas ini.

Final Exam



Debaran kian terasa, aura exam kian membahang.
Rasa takut menghantui setiap ketika.
Buku menjadi bahan peneman di kala aku rasa ketakutan terhadap kenyataan exam.
Kepakaran terhadap bidang ilmu yang aku tidak kuasai menjadikan aku semakin gemuruh.
Apakah kesudahan nya nanti?
Adakah aku akan berjaya?
Semuanya persoalan yang membunuh sanubari ku.
Keyakinan diri yang dulu nya aku miliki, kini kian lenyap dek kerana akal ku tidak mengusai ilmu dengan sebaik nya.
Hanya ALLAH S.W.T yang tahu apa yang akan berlaku.
Sebagai insan, kita hanya mampu berusaha dan berdoa.
Ramai manusia di muka bumi ini, cuma mempersiapkan diri mereka untuk menerima kejayaan.
Tidak mempersiapkan diri untuk menerima kenyataan kegagalan.
Kerana hal ini, ramai yang hilang arah.
Oleh itu, aku akan mempersiapkan diri menerima kegagalan.
Memang pahit untuk kita telan kenyataan kegagalan,
namun itu lah dugaan.
Setiap insan akan menerima kegagalan yang berbeza
kerana Tuhan telah menentukan.
Saat ini, ketahanan mental dan keyakinan pada pencipta amat di perlukan.
Apapun yang akan berlaku, final exam mesti di tempuhi.
Restu dari guru2 dan ibubapa amat membantu.
Kesihatan diri mesti di beri perhatian.
Ini akan membantu kita menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik dan membantu otak kita sendiri.
Nasihat pada pembaca dan pada diri sendiri,
jaga kesihatan dan pastikan mendapat rehat yang secukupnya.
Doa banyak2, insyaAllah.



Sunday, October 25, 2009

Friday, October 23, 2009

AJARAN SESAT DI MALAYSIA


Pengenalan

Ajaran sesat bukanlah perkara baru yang berlaku di Malaysia, sebaliknya telah mula menular sejak di awal kedatangan agama Islam di rantau ini. Isu ajaran sesat mula mendapat perhatian dengan munculnya ajaran Ayah Pin di Terengganu yang mengaku dirinya memiliki kuasa seperti Tuhan, jelmaan semua Nabi dan menjadi dewa bagi semua agama serta memiliki ramai pengikut. Malah, ada pengikut ajaran sesat ini terdiri di kalangan profesional yang dianggap bijak untuk menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Ekoran pengetahuan agama yang cetek, ramai orang mudah terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Namun, pada hakikatnya individu yang menjadi dalang di sebalik ajaran sesat ini mempunyai motif tersendiri untuk kepentingan dirinya semata-mata.


Definisi ajaran sesat

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah serta bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, orang-orang yang sesat ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha mempelajarinya atau orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.


Sejarah ajaran sesat di Malaysia

Ajaran sesat mula bertapak sejak awal kedatangan agama Islam di Semenanjung Malaysia pada abad ke 15 yang bergerak secara senyap. Terdapat beberapa bentuk ajaran sesat seperti :

  • Animisma.

  • Dinamisma.

  • Ajaran Hindu-Budha.

  • Sabaiyyah.

  • Kaysaniyyah.

  • Syiah Ismailiyyah.

  • Aliran teosofi.


Ajaran sesat yang paling lama di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada sekitar tahun 1870an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Di Kelantan pula wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud dan ajaran Martabat Tujuh yang disebarkan sekitar tahun 1950an. Ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih aktif di Kelantan dan beberapa negeri lain sehingga ke hari ini.


Ekoran daripada amalan ajaran sesat yang semakin berleluasa, beberapa peristiwa telah berlaku yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam seperti :

  • Seorang ahli kumpulan ajaran sesat Empat Sahabat di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan telah ditembak mati dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 19 Oktober 1974.

  • Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak iaitu Haji Damanhuri bin Haji Abd. Wahab yang berusia 68 tahun pada 7 Julai 1979.

  • Pada 16 Oktober 1980, lapan orang ahli kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad Nasir bin Ismail telah terbunuh dalam peristiwa serangan di Balai Polis Batu Pahat, Johor. Beberapa anggota polis dan orang awam turut cedera dalam peristiwa tersebut.

  • Dua orang lelaki Indonesia yang menyebarkan ajaran sesat di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah cedera ditembak selepas mengamuk di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu pada 1 Februari 1996.

  • Pada 18 Mac 1996, pengikut ajaran sesat Tabarani telah bertindak keterlaluan dengan memukul Ketua Kampung Pandan Satu, Kuantan, Pahang kerana didakwa menghalang kegiatan mereka.


Ciri-ciri ajaran sesat

  • Mengaku diri atau gurunya sebagai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.

  • Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Mahdi (ajaran sesat Qadyani, Bahai, Empat Sahabat, Nasir dan Mufarridiah).

  • Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup.

  • Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarikatnya sahaja yang dijamin masuk syurga.

  • Mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.

  • Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.

  • Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.

  • Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila namanya diseru.

  • Memohon kepada objek tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kepada Tuhan.

  • Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.

  • Mengaku Allah menjelma dalam diri.

  • Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya.

  • Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamalkan diperolehi terus daripada Rasulullah s.a.w. secara yaqazah (jaga).

  • Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan mendakwa akan masuk ke syurga.

  • Memansuhkan syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru atau menganggap setelah sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat.

  • Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.

  • Mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah tetapi boleh ditunaikan di tempat-tempat lain.

  • Mengubah dengan sengaja ayat al-Quran dan maksudnya.

  • Mengakui dan mempercayai bahawa tangkal boleh memberi kesan.

  • Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya. Mereka mendakwa orang yang mengamalkan syariah hanya kulit dan tidak sampai kepada matlamat sebenar.


Teknik penyebar ajaran sesat memikat pengikut

  • Perhati

Penyebar mesti pandai dan memahami hati serta pendirian orang yang dipikat. Mangsa selalunya seorang yang warak dan kuat mengerjakan amal ibadat. Penyebar ajaran sesat akan berpura-pura lebih kuat beragama dan beribadat daripada mangsa.



  • Beramah mesra

Penyebar cuba mencari jalan untuk mendampingi dan mendekati orang yang hendak dipengaruhinya. Misalnya, penyebar akan meminta bermalam di rumah orang berkenaan dengan tujuan mengadakan majlis membaca al-Quran dan dalam syarahannya akan diselitkan keburukan ulama lain.


  • Mencetus keraguan

Jika seseorang itu mengerjakan sembahyang fardu dan sunat dengan tekun dan tidak berhenti-henti, mereka akan menimbulkan pertanyaan apakah hikmah dan tujuan bersembahyang.


  • Gantung tidak bertali

Setelah tujuan penyebar berjaya menimbulkan keraguan dalam pemikiran seseorang dan orang yang dipikat benar-benar berminat untuk mengetahui pelbagai rahsia seperti rahsia di sebalik huruf awal surah, sembahyang dan puasa, penyebar seringkali bersikap ‘pura-pura jual mahal’. Jika didesak penyebar akan meminta mangsa bersabar, banyak mengerjakan sembahyang dan amal ibadat.


  • Ikat

Selepas diberitahu rahsia, mangsa diminta bersumpah tidak membocorkan rahsia. Mangsa ‘diikat lidah’ agar tidak membocorkan ilmu atau rahsia buat selama-lamanya.


  • Kesamaran

Penyebar ajaran sesat selalunya mengeluarkan kata-kata yang ‘berat dan kabur’. Contohnya, “manusia itu ada bermacam pendapat, bertentangan antara satu sama lain. Masing-masing mengatakan pihaknya betul. Tetapi kita dengan mengenal diri, maka mengenal Allah dan Allah tidak menyembunyikan kebenaran, manakala orang lain berada dalam keadaan meraba-raba”.


Mangsa ajaran sesat

  • Mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup. Mereka turut didorong oleh kawan supaya berguru menerusi orang tertentu yang mengajar secara rahsia dan sulit.

  • Mereka yang ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnaan terutama menerusi unsur kerohanian dengan cara jalan singkat tanpa ikut sunnah.

  • Golongan yang menyeleweng dalam hal yang berhubung usul. Ini berlaku kerana kurang kemantapan dalam usul syariah dan tunjangan serta pengetahuan yang lemah dalam shaddik dan ikhlas. Mereka mendakwa diri hampir dengan Allah dan berada di makam tertinggi.


Ancaman ajaran sesat kepada umat Islam dan negara

  • Mencela ulama dan fuqaha

Kebanyakan penganjur ajaran sesat mendakwa diri dan pengikutnya sebagai manusia yang mengetahui segala ilmu hakikat dan telah mencapai ke maqam yang tinggi serta menolak syariat. Mereka meletakkan taraf ulama kepada dua iaitu ulama zahir dan batin. Ulama zahir dianggap hanya mengetahui perkara-perkara zahir seperti ulama pada hari ini sedangkan diri mereka diletakkan taraf yang lebih tinggi dan mulia kerana mengetahui rahsia batin dan ilmu hakikat.


  • Membuat takwilan dalam agama

Guru ajaran sesat berani melakukan takwilan-takwilan terhadap ayat-ayat al-Quran dan Hadis dengan membuat huraian-huraian tanpa asas syarie. Mereka terpengaruh dengan ajaran batiniah dan menggunakan doktrin batin dan takwil dalam menghuraikan konsep wujudiah. Hal ini dapat dilihat dalam bentuk takwil terhadap kalimah-kalimah atau lafaz-lafaz yang berkaitan dengan ibadah seperti angka dan pandangan huruf.


  • Kepentingan peribadi dan seks

Kebanyakan ajaran sesat ini mempunyai motif dan kepentingan peribadi kepada gurunya seperti kepentingan terhadap kedudukan, pangkat, kebendaan dan seks bebas dengan mengamalkan nikah batin. Nikah batin ialah nikah yang dijalankan secara rahsia yang boleh berlaku sama ada antara guru dengan pengikutnya atau sesama di kalangan pengikutnya yang tidak terikat dengan hukum syarak.


  • Ingin melemahkan perpaduan dan menghancurkan agama Islam melalui gerakan rahsia

Sejak zaman Rasulullah lagi, terdapat golongan yang ingin merosakkan agama Islam secara halus tetapi menemui kegagalan. Namun, ketika zaman Khalifah Umaiyyah dan zaman selepasnya, pelbagai penyelewengan akidah dan syariah telah berlaku. Golongan tertentu telah menyelewengkan hukum dan syariat Islam seperti ajaran Crypto Mokhtar Hassan yang menafikan al-Quran, membatalkan sembahyang dan ibadat lain dan ajaran Tajalli atau Hakikat Insan Ahmad Laksamana yang memperkecil-kecilkan ulama syariat.

  • Untuk memecah belahkan perpaduan dan persaudaraan umat Islam

Fahaman Syiah mula tumbuh pada tahun 36H yang diamalkan di Iran, Lubnan dan Pakistan telah menimbulkan banyak masalah kepada dunia Islam.


  • Untuk menguji sejauh mana kefahaman dan ketaatan umat Islam terhadap agamanya

Apabila mereka berjaya dengan motif tersebut, ini memudahkan agama Islam dan umatnya dihancurkan dan diganti dengan ideologi dan sistem asing.


Ajaran sesat Ayah Pin

Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, di bawah Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 telah mengeluarkan Fatwa berikut yang diwartakan pada 4 Disember 1997.

  • Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.

  • Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut.


Di antara fakta penting yang berkaitan dengan ajaran Ayah Pin ialah :

  • Beliau mengaku tidak belajar agama.

  • Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara’.

  • Beliau pernah menyatakan bahawa “tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad s.a.w. yang berguru dengan Jibril”. Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara’.

  • Beliau mengaku ajaran dan pegangannya adalah sesat serta bertentangan dengan hukum Syara’.

  • Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.

  • Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur, Taurat dan Injil untuk dijadikan al-Quran.

  • Bongkar al-Quran dahulu baru boleh percaya kepada malaikat dan sifat dua puluh.

  • Setiap kali sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.

  • Al-Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.

  • Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.

  • Beliau mendakwa di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.

  • Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segala kunci-kunci akhirat.

  • Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdal daripada berzikir dan bersembahyang.

  • Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.

  • Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi mendahului untuk menentukan bagi si mati syurga atau neraka.

  • Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan, sebiji al-Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.

  • Sesuatu perkara mesti dilihat dahulu baru boleh dipercayai. Dalam Rukun Iman, Ayah Pin mengaku :

    • Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.

    • Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.

    • Kitab al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.

    • Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.

    • Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.

    • Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada’ dan Qadar masing-masing bahagian.










Thursday, October 22, 2009

Kaum Hawa....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekek dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atasubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami." Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan
bukan penghinaan.

Kaki Kami....


Malam 21 oct 2009 kami (aq, mira, syuhada, yaya, n syedah)
pegi tengok final pertandingan mnyanyi di unikop.
Semua peserta kebanyakannya ada suara dan rupa jauk lah, tapi tak semua ok. Ada yang cuma nasib jak mungkin dia masuk final tue.
hahahahahahahaaaa.....
Apa yang paling penting penaja utama pada malam tue adalah Jalen.
Produk buatan Malaysia.
Semua peserta telah berusaha untuk menonjolkan yang terbaik dalam diri sendiri.
Host pada malam tue Roslan Shah.
Gempak lah dia, meriah juak lah jadi nya.
Erm, aq n kawan2 yang lain tak dapat duduk di kerusi...malang betul la...
tapi tak pa, berdiri pun syok juak.
Ada selingan pihak ajk buat.
Lakonan.
Boring betol lakonan nay, bukan sebab pa la kan, suara dorang ndak dengar.
Dewan tue bukan besar pun, tapi tetap tak dengar, even semua penonton diam.
Natijahnya, jalan cerita, pengajaran dan nilai yang terkandung dalam jalan cerita dorang tak sampai sepenuhnya kepada penonton.
Ada juak lah watak yang menimbulkan keseronokan kepada penonton.
Watak pondan.
Erm...
tapi tak sampai habis kami tengok, kami balik awal, yala berdiri, penat lah.
Dalam perjalanan balik bilik tu, kami sempat juak lah ambil gambar.
Kami main ikut jak kepala c syuk.
Dia ambil gambar, dia mang suka bab ambil2 gambar nie.
Neway, malam tu,
kami happy.


huuuuhuuuu...aq, mira, yaya n shedah.. prjlnn balik ke dorm...pas tgok prtndngan mnyanyi di kolej unikop....






yeeeaaahhhhh....

Wednesday, October 21, 2009

Dinner First Ku Wif My Fren....


Dinner kami berlansung pada 16 oktober 2009 bertempat di Club Golf Titiwangsa. Kami bergerak tepat pada jam 6.50 petang dari Kolej Unikop.
Dinner ini ok juak lah.Malam tu aq mang happy, huuhuuu...
Semua budak part 1 di wajibkan membuat persembahan.
Grup A, kelas aku, buat game.
Grup B wat persembahan tarian.
Grup C wat sketsa.
Grup D wat fasion show.
Ini aq cakap jujur la ya.
Persembahan grup D mang ok, tidak wat rasa ngantuk.Hebat-hebat semau dorang punya dress. Gempak la, mekup lagi....uuuiiii.... kalah pensyarah bha.
Pada malam tu, c mira yang jadi host tuk fasion show tu, bdak lelaki, c Anif jak yang wat cat-walk tue. Yang lain jaga music.
Semua orang bagi focus degan dorang punya fasion show tue.
Aq kesian dengan c Fera bha, sebab dia terjatuh time pose tu. Tapi aq kagum dengan dia sebab dia berani bangkit dan terus kan persembahan nya tue.
Tania Fera.
Semangat macam tu yang kita mau tengok, tapi jangan pulak terlebih, lain jadinya nanti.
Grup D mang ok lah pada malam tu.
Pasal grup B plak, dorang wat persembahan tarian.
Ok gak lah, aq puji dorang punya semangat dan sikap redha dorang tue.
Tania ya.
Yal bila dorang di putuskan untuk mempersembahkan tarian tuk malam tu, dorang langsung tak complain, dorang tima jak. Pastu dorang wat latihan awal.
Persembahan dorang ok lah juak, teratur dorang punya tarian.Ndak hambur.
Semau nya bagi komitmen yang penuh pada malam tu.Tapi budak perempuan jak yang wat persembahan tarian tu.
Aq ndak taw lah napa budak lelaki ndak wat sama2....
erm....
mungkin bab jumlah ndak cukup.
Pandai dorang urus dorang punya steps.
Tapi sayang, time dorang wat persembahan tu, penonton banyak yang sibuk ambil gambar, ndak focus.
Neway, persembahan mang ok.
Pasal persembahan grup C plak dorang wat sketsa.
Tajuk nya Masam Manis.
Lucu betul jalan ceritanya bha.
Kelas ini aq nampak betul dorang punya sikap yang spoting tue, ndak malu2.
Yang paling best tue, c Shedah jadi ratu janda.
Hahahahahahaaa.....
Watak dorang semau nya bernyawa, tiada satu orang pun yang pegang watak bisu.
bAGUS2....
Tapi sayang la, sebab, sound system tak bagus, dorang punya suara ndak dengar betol. Dala, aq duduk belakang. Adoi, cian kami yang duduk belakang ni.
Dengar pun sipi-sipi jak. C Farhan dan c Haris punya suara jelas aq dengar.
C Farhan dan Haris mang spoting, semua watak pun ok.
Sebelum persembahan grup A, ada konflik.
Semua ahli naik bengang.
Yala, sebelum persembahan kami, ada sudah yang di suruh balik.
Tinggal sikit orang, pastu ajk plak sibuk ambil gambar, cam da lupa kami nie belum wat persembahan.
eeeeeee......
ERMMM......
C Piqa hampir ndak mau wat game sudah, marah sudah dia, aq plak sebagai ajk, rasa seba salah juak, yala nampak sangat yang ajk nie tak atur denagn baik.
Maaf kepada semua ahli grup A.
Tapi jadi juak lah kami wat game tue.
Game yang di mainkan, kotak beracun.
Sapa yang kena pada malam tu, tania dan maaf.
Kami bagi juak hadiah, gula2 yang di bungkus di dalam angpau.
huuuuuhuuu.....
glamour gitu...
Kami balik sekitar jam 12 lebih lah juak.
Pastu ari sabtu tue kami ada simulasi sal akaun.
Ingat kan bole tidur lama2....
tapi kena bangun awal gak....
tue lah idup kan.
Sebagai kesimpulan nya, dinner tue, ok.

Gambar Budak Grup B



Gambar ku bersama budak grup D



Gambar Budak Grup C




Aq, Mira, Cheng, Ain n Afifi.



Aspa n hilmi antara jejaka di dalam kelas ku yang lucu, pa lagi c aspa...

Nie lah jejaka dalam kelas ku, c afifi, sani, aspa n hilmi..dorang nie semua suka wat lawak...baik juak lah...c aspa yang paling lawak di antara dorang semua...dorang k...

Nie lah aq n my bestfren c amira.
I wish our gud frenship will never end.
Amin.

Thursday, October 15, 2009

Wednesday, October 14, 2009

Terima Kasih

Terima kasih adalah ayat yang mudah untuk di lafazkan, tiada sebarang kepayahan pada individu. Namun untuk melafazkan terima kasih dalam suatu ketika, iaitu apabila kita menerima bantuan amat payah untuk sesetengah individu yang bagi saya mempunyai sifat ego. Sifat yang amat susua untuk di huraikan. Terima kasih mungkin ucapan yang mudah namun mempunyai makna yang besar dan amat memyakitkan hati apabila kita menghulurkan bantuan pada individu tersebut, dan dia langsung tidak mengucapkan terima kasih, sedangkan kita sering kali melihat individu yang kita bantu itu, mengucapkan terima kasih pada orang yang memberikan bantuan.Mungkin silap sendiri kerana terlalu mengharap di berikan penhargaan dari segi ucapan dan ungkapan yang mudah iaitu, 'terima kasih'. Dengan ucapan yang mudah, kita mampu di pandang tinggi dan di hormati serta melambangkan keperibadian kita yang baik.Kerajaan Malaysia juga ada mengadakan kempen untuk mengucapkan terima kasih. Namun malang sungguh kerana kempen yang di jalan kan seperti tidak memdapat sambutan. Kenapa??????????
Erm, apa yang saya lihat, ini berlaku kerana kita mempunyai sikap ego.Agak rumit persoalan ini.Kenapa susah sangat untuk melafazkan terima kasih?????
Sedangkan ucapan tersebut, mampu menjalinkan perhubungan yang lebih baik sesama kita. Ucapan yang mudah itu juga mampu membantu kita untuk memjadikan kita seorang yang disenangi dan dihormati.Kenpa susah sangat, saya pun pelik dengan sikap ini, saya akui, saya juga seorang yang susah untuk mengucapkan terima kasih, namun syukur kepada ALLAH s.w.t kerana lidah saya telah lembut untuk melafazkan terima kasih.Saya amat sakit hati apabila saya membantu orang tersebut dan tidak mengucapkan terima kasih, mungkin salah saya sebab terlalu mengharap menerima ucapan tersebut.
Inilah drama dunia.
Saya menyeru kepada anda sebagai pembaca untuk melembutkan lidah mengucapkan terima kasih, terima kasih amat penting.
Terima kasih.

Saturday, October 10, 2009

Friday, October 9, 2009

Ini lah sebahagian pelajar unikop

Rakan seperjuangan


Bagi saya, rakan, ada lah orang yang peting dalam kehidupan, selain dari ibubapa. Jika kita tidak bersama dengan ibubapa kita, mesti kita bersama dgan rakan kita. Rakan yang baik adalah rakan yang membawa kita kepada jalan jalan yang benar, iaitu jalan ALLAH s.w.t.. Rakan yang terbaik adalah rakan yang sanggup bersama dengan kita tidak mengira batas waktu dan keadaan. Amat beruntung seseorang itu jika telah menemui rakan terbaiknya. Menjaga rakan bukan lah senang, kerana tentunya kita mempunyai pandangan yang berbeza dgan rakan kita, dan mungkin boleh memyebabkan salah faham. Cara yang terbaik adalah dengan membuka hati untuk menerima pandangan dan sanggup untuk duduk berbincang, buang sikap ego, kerana sikap ini boleh memusnahkan talian persahabatan kita. Saya tahu bukan senang untuk menyelesiakan perkara ini jika berlaku, tetapi fikirkan balik, dia adalah rakan terbaik kita, hampir semua perkara kita kongsikan bersama, pahit dan manis kita jalani bersama. Bukan mudah juga untuk mempercayai rakan 100%, lebih-lebih lagi apabila kita telah kenal lama dan telah mengenali hati budi masing-masing, tentu sekali kita akan tahu apabila rakan kita menipu, namun bagi pandangan saya, saya akan berdiam diri sahaja jika rakan saya menipu di depan kawan-kawan yang lain, ini kerana untuk menjaga aib rakan kita. Tidak bermaksud kita akan berdiam diri sahaja, tetapi kita menegur dengan cara yang baik dan tidak dalam kalangan kawan-kawan yang lain.Hormat menghormati adalah satu lagi elemen yang mampu memperkukuhkan jalinan persahabatan kita. Menhormati rakan bukan sahaja dari segi maruah nya, tetapi juga semua harta benda nya. Untuk menjadi rakan yang baik, kita harus lah memperbaiki hubungan kita dengan ALLAH s.w.t serta menghomati diri nya secara keseluruhan. Bersabar dengan dia, sanggup berkorban apa saja dan tidak mengungkit semua perbuatan baik yang kita lakukan.


"Rakan mencerminkan kehidupan kita. Bersahabatlah dengan mereka ynag boleh membimbing dan menbawa kita kepada taqwa dan keredhaan Allah s.w.t"

Wednesday, October 7, 2009

Perkenalan


Perkenalan merupakan suatu titik mula yang membenarkan manusia untuk memperluaskan hubungan sesama manusia di muka bumi ini.Perkenalan selalunya meninggalkan memori yang manis kepada individu.Melalui perkenalan kita juga dapat mengenali diri kita siapa sebenarnya.Perkenalan juga banyak membantu manusia untuk menjalani kehidupan dan membantu manusia untuk meniti drama dunia.Terdapat banyak langkah yang dapat di ambil untuk memulakan perkenalan.Ada yang bermula insiden yang tidak dapat di elak kan, ada juga yang bermula dengan keyakinan diri untuk memperkenalkan diri kepada orang yang tidak di kenali.Terdapat pelbagai respon yang akan di alami apabila kita memulakan sesi perkenalan, ada yang suka, ada yang yang menolak dan ada pula yang mempersendahkan, ini lah drama dunia.

Keriangan


Walaupun kita berada di dalam situasi yang amat menyedihkan ataupun berada di dalam keadaan tekanan, kita akan tetap mampu terseyum apabila kita berjumpa sesorang yang kita suka ataupun ada sesuatu yang yang kita gemari. Seyuman mampu menimbulkan banyak persoalan subjektiv, yang tidak mampu di rungkai kan rahsia di sebalik seyuman setiap individu. Keriangan yang tercetus di tengah-tengah kemuramam amt unik jika di bandingkan dengan keriangan yang timbul akibat kenyataan semula jadi. Riang adalah rungkaian ayat yang ingin menonjolkan suasana yang amat gembira di dalam diri manusia khususnya. Kesedihan yang di alami pasti nya tidak akan berpanjangan, kerana ini lah hukum dunia. Kepada sesiapa yang tengah bersedih, riang lah, kerana masalah itu cuma ujian semata, banyak kan berdoa, redha dan tawakkal. Ada pula manusia yang tidak ambil peduli dengan orang sekeliling sekaligus menyebabkan mereka tidak mempunyai kesedihan, mereka sangat yakin dengan diri sendiri sekaligus meninbulkan aura keriangan yang tersendiri.
Amat bahagia bila kita tidak di landa dengan sebarang masalah, tetapi amat rugi apabila kita tidak mendapat sebarang kesengsaraan, kerana kesusahan akan mendewasakan kita dan menjadikan kita lebih berdikari serta mempunyai jati diri yang jitu. Setiap kesedihan dan kesengsaraan ada hikmahnya dan keriangan adalah hadianya.

PerSahabatan...

Perubahan...


Setiap insan mempunyai peluang untuk berubah, tetapi tidak semua insan sedar akan peluang tersebut. Di sebab kan hal ini, ramai yang tersasar dari matlamat kehidupan dan tersasar dari hakikat dunia sebenar.
Malang sungguh apabila merenungkan kembali masa lalu yang di persia-siakan...sedih hati apabila memikirkan kesilapan yang telah d lakukan..apa yang pasti manusia yang menentukan setiap langkah yang di ambil.
Dalam dunia ini, ALLAH s.w.t ada menemani, terpulang kepada individu, samada ingin beriman ataupun tidak, meningkari suruhan ataupun mematuhi juga terpulang kepada individu. Pengubat hati yang paling baik dalam dunia ini adalah kembali kepada jalan yang benar.
Kita mempunyai banyak sumber rujukan untuk menjadi insan yang berguna di dalam dunia. dunia adalah suatu pentas drama yang amat unik. Terdiri daripada pelbagai watak, pelbagai latar tempat, serta latar masa yang menarik. Dunia adalah tempat di mana manusia berlumbah-lumbah untuk mendapat kan pahala, namun sebaliknya, lain yang berlaku, ada yang berada di landasan yang benar ada yang tersasar. Malang untuk orang yang tersasar, tetapi mereka bertuah kerana mempunyai peluang untuk berubah. Dengan itu, terpulang lah kepada anda untuk merubah diri.