Friday, October 9, 2009

Rakan seperjuangan


Bagi saya, rakan, ada lah orang yang peting dalam kehidupan, selain dari ibubapa. Jika kita tidak bersama dengan ibubapa kita, mesti kita bersama dgan rakan kita. Rakan yang baik adalah rakan yang membawa kita kepada jalan jalan yang benar, iaitu jalan ALLAH s.w.t.. Rakan yang terbaik adalah rakan yang sanggup bersama dengan kita tidak mengira batas waktu dan keadaan. Amat beruntung seseorang itu jika telah menemui rakan terbaiknya. Menjaga rakan bukan lah senang, kerana tentunya kita mempunyai pandangan yang berbeza dgan rakan kita, dan mungkin boleh memyebabkan salah faham. Cara yang terbaik adalah dengan membuka hati untuk menerima pandangan dan sanggup untuk duduk berbincang, buang sikap ego, kerana sikap ini boleh memusnahkan talian persahabatan kita. Saya tahu bukan senang untuk menyelesiakan perkara ini jika berlaku, tetapi fikirkan balik, dia adalah rakan terbaik kita, hampir semua perkara kita kongsikan bersama, pahit dan manis kita jalani bersama. Bukan mudah juga untuk mempercayai rakan 100%, lebih-lebih lagi apabila kita telah kenal lama dan telah mengenali hati budi masing-masing, tentu sekali kita akan tahu apabila rakan kita menipu, namun bagi pandangan saya, saya akan berdiam diri sahaja jika rakan saya menipu di depan kawan-kawan yang lain, ini kerana untuk menjaga aib rakan kita. Tidak bermaksud kita akan berdiam diri sahaja, tetapi kita menegur dengan cara yang baik dan tidak dalam kalangan kawan-kawan yang lain.Hormat menghormati adalah satu lagi elemen yang mampu memperkukuhkan jalinan persahabatan kita. Menhormati rakan bukan sahaja dari segi maruah nya, tetapi juga semua harta benda nya. Untuk menjadi rakan yang baik, kita harus lah memperbaiki hubungan kita dengan ALLAH s.w.t serta menghomati diri nya secara keseluruhan. Bersabar dengan dia, sanggup berkorban apa saja dan tidak mengungkit semua perbuatan baik yang kita lakukan.


"Rakan mencerminkan kehidupan kita. Bersahabatlah dengan mereka ynag boleh membimbing dan menbawa kita kepada taqwa dan keredhaan Allah s.w.t"

1 comment:

  1. Setuju sangat..
    tanpa rakan hidup tidak akan lengap. kita memerlukan insan yang bergelar sahabat untuk bersama-sama menempuhi cabaran hidup, memperbetulkan kesilapan kita, mengajar kita, dan sebagainya... akhirnya aq telah menemui seorang insan yang bernama sahabat. aku bersyukur sgt..
    tapi aq juga seorang manusia yang bergelar insan.. sebab itu bila aku terasa aq telah melukakan hatinya aku akan berdiam diri. walaupun aq tak sedar bahawa perbuatanku membuat dia berkecil hati..

    ReplyDelete