Wednesday, October 7, 2009

Perubahan...


Setiap insan mempunyai peluang untuk berubah, tetapi tidak semua insan sedar akan peluang tersebut. Di sebab kan hal ini, ramai yang tersasar dari matlamat kehidupan dan tersasar dari hakikat dunia sebenar.
Malang sungguh apabila merenungkan kembali masa lalu yang di persia-siakan...sedih hati apabila memikirkan kesilapan yang telah d lakukan..apa yang pasti manusia yang menentukan setiap langkah yang di ambil.
Dalam dunia ini, ALLAH s.w.t ada menemani, terpulang kepada individu, samada ingin beriman ataupun tidak, meningkari suruhan ataupun mematuhi juga terpulang kepada individu. Pengubat hati yang paling baik dalam dunia ini adalah kembali kepada jalan yang benar.
Kita mempunyai banyak sumber rujukan untuk menjadi insan yang berguna di dalam dunia. dunia adalah suatu pentas drama yang amat unik. Terdiri daripada pelbagai watak, pelbagai latar tempat, serta latar masa yang menarik. Dunia adalah tempat di mana manusia berlumbah-lumbah untuk mendapat kan pahala, namun sebaliknya, lain yang berlaku, ada yang berada di landasan yang benar ada yang tersasar. Malang untuk orang yang tersasar, tetapi mereka bertuah kerana mempunyai peluang untuk berubah. Dengan itu, terpulang lah kepada anda untuk merubah diri.

No comments:

Post a Comment