Monday, October 26, 2009

Masalah Pelajar Berprestasi Rendah.

MASALAH PELAJAR BERPRESTASI RENDAH – UNDERACHIEVERS

MEREKA BUKAN MALAS:

Tetapi tidak ada wawasan / matlamat yang jelas dan mencabar untuk dikejar justeru tidak rasa tertekan untuk berusaha bersungguh-sungguh semasa di bangku sekolah. Mereka tidak ada apa-apa gambaran minda, tidak ada halatuju dan tidak ada perancangan masa depan.

MEREKA BUKAN BODOH:

Tetapi tidak faham atau kurang faham apa yang diajar oleh guru di kelas, justeru tidak dapat kuasai sebarang topik apatah lagi subjek yang dipelajari di sekolah. Oleh sebab itu mereka gagal menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

MEREKA BUKAN TIDAK BOLEH:

Tetapi mereka tidak meyakini kemampuan dan kebolehan diri sendiri. Mereka tidak percaya yang mereka juga ada kebolehan seperti pelajar lain yang berjaya, justeru tidak berusaha untuk menyerlahkan potensi diri yang dikurniakan Allah.

MEREKA BUKAN TIDAK PANDAI:

Tetapi tidak tahu cara belajar yang betul dan efektif seperti yang diamalkan oleh top students. Jika pun mereka berusha, mereka sekadar menghabiskan masa belajar tanpa mengambil kira sama ada masa yang digunakan itu memberikan pulangan atau tidak.

MEREKA MUNGKIN TIDAK ATAU KURANG BERUSAHA KINI …

Tetapi dengan wawasan serta matlamat yang jelas dan mencabar, keyakinan diri yang lebih mantap dan berbekalkan kaedah belajar yang efektif, nescaya mereka akan berubah untuk berusaha dengan lebih gigih selepas ini.

No comments:

Post a Comment