Saturday, December 19, 2009

RINDU....Padamu sahabat ku!


Dila, kak lai, anik dan mira..sahabat ku yang aku rindui. Bila lah lagi kita akan bertemu. Aku rindu kamu semua. Ingin bertemu lagi, untuk melakar banyak kenangan bersam-sama.
Terlalu banyak lukisan yang kita lakarkan bersama, terlalu banyak warna yang kita gunakan.
Hasilnya, huhu, amat memberangsangkan, sehingga mampu membuatkan aku menangis.
Kerinduan terhadap diri kamu, amat menyiksakan, sehingga aku mengerti apa yang di katakan, 'sahabat adalah matahari dunia'.
Hanya gambar yang menemani aku kini, walaupun kita berada di satu daerah yang sama, waktu untuk kita bertemu untuk melepaskan rasa rindu ini, amat tidak mengizinkan.
Masa terlalu membenci kita untuk melukis bersama-sama.
Masa adalah ujian kita kini.
Mari hadapi bersama.
Aku, yakin kita mampu.
Dengan satu kekuatan, PERSAHABATAN.





Terkenang setiap detik yang kita lalui bersama. Ingin sekali mengusai waktu agar tidak kita terpisah, namun, inilah drama dunia. Setiap yang bertemu itu pasti akan berpisah, berat rasanya hati ini, bila teringat kembali saat kita mengucapkan selamat tinggal sesama sendiri.
Sayu menyelubungi.
Persahabatan kita amat indah.
Bersyukur kepada Tuhan kerana di beri peluang untuk mempunyai sahabat seperti mu wahai sahabat ku. Terima kasih kerana telah mendewasakan aku, untuk menempuhi dunia persahabatan.





Aku bukan manusia yang sempurna, aku tahu bahawa aku banyak melakukan kesilapan, secara sedar ataupun tidak. Kini, aku hanya mampu memohon maaf di atas semua kesilapan ku. Dila, kak lai, anik dan mira, maafkan aku.
Terima kasih juga kerana sudi melengkap aku dengan persahabatan ini.
Selain daripada itu, aku juga telah memaafkan semuanya.
Aku bersyukur kerana, kita tidak pernah mempunyai masalah yang terlalu besar. Namun aku amat takut dengan masa yang cukup mencemburui kita.
Aku menati saat yang indah untuk kita bersama2 lagi.
Moga ini akan berlaku.
Amin.


Persahabat antara benda yang mampu melemahkan aku.
Inilah antara kelemahan ku, setiap sahabat ku, memegang kuasa ini.
Taniah.

Friendship isn't about whom you have known the LONGEST,
who came FIRST or who CARES the Best,
it's all about WHO CAME AND NEVER LEFT.




No comments:

Post a Comment