Thursday, December 17, 2009

SaLaM Ma'aL HiJrAh


Salam Hijrah kepada semua.
Di tahun yang baru ni, banyak yang aku perbetulkan. Penghijrahan amat perlu aku lakukan dengan penuh komitmen. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, kalau ada halangan pun aku harap aku dapat hadapi. Amin.
Apa yang aku kesalkan adalah sambutan untuk Maal Hijrah ni, di kalangan remaja Islam.
Kalau sambutan tahun baru ikut kalender masihi, memang di sambut dengan meriah oleh remaja Islam. Sayu juga hati ini, bila tengok remaja Islam lebih mengagungkan budaya barat.
Tapi apa aku boleh buat, aku bukan nya orang yang mempunyai kuasa. Membenci dengan hati, adalah selemah2 iman. Takpa lah, sabar jak la.
Pada tahun baru masihi, ramai yang akan keluar pergi bersama dengan kawan2 mereka. Meraikan tahun baru, malangnya, setiap sambutan yang diadakan itu, ramai remaja muslim yang hilang maruah diri mereka.
Sedarkah mereka bahawa, sambutan tahun baru masihi bukan nya tahun baru Islam. Tahun baru hijrah adalah tahun baru kita yang sebenarnya.
Kalau kita bincangkan hal ini, huhu, tak akan habis.
Takpa lah, asalkan kita tak buat ok lah tu.
Hampir terlupa aku, nak bercerita pasal azam baru.
Azam tahun baru aku?????
Aku cuma berazam agar apa yang aku lakukan semuanya berjalan dengan baik, dan segala perhubungan yang aku jalankan, tidak terputus begitu sahaja.
Adalah lagi yang lain, tapi ni jak la yang dapat di kongsikan.
Kepada pembaca, selamat menyambut Maal Hijrah ya, jangan lah kita punya azam itu berkobar-kobar masa di awal-awal hijrah jak.

Kepada pembaca, terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk membaca.

No comments:

Post a Comment