Wednesday, November 25, 2009

Hari Raya Aidiladha



Bersyukur kerana masih di berikan waktu untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini, disamping keluarga yang tersayang.
Walaupun hanya di sambut dengan jangka masa yang pendek, ianya memberikan makna yang cukup mendalam.Kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s amat sinonim dengan hari raya aidiladha ini.Amat besar lagi suci pengorbanan yang mereka lakukan, tidak di lupakan pengorbanan Siti Hajar.
Mereka sanggup berkorban demi mematuhi perintah Allah s.w.t.
Di kesempatan ini ingin sekali menyampaikan Salam Aidail Adha kepada para pembaca samada yang mengenal siapa diri ini mahupun insan yang sudi singgah pada laman blog ini.
Salam juga di tujukan kepada seluruh ahli keluarga, terutamanya kepada
Mohd. Amin (ayah)
Nurhaidah (ibu)
Pilindo (abang)
Ailyn (kakak)
Begitu juga kepada rakan2 yang selalu bertapak di hati ini. Hajat di hati ingin sekali meyenaraikan nama2 mereka, tetapi terlalu ramai.
Maafkan saya.
Kepada guru2 serta pensyarah yang sudi menjenguk blog saya ini, terima kasih dan salam aidiladha.
Kepada semua, saya doakan agar kita mendapat keberkatan Hari Raya Aidil Adha ini.
Amin.

No comments:

Post a Comment