Saturday, November 21, 2009

Tak Sabar Menanti Hari Raya Aidiladha

Tinggal beberapa hari saja lagi Hari Raya Aidiladha akan menjelma tiba.
Hari yang penuh bermakna bagi setiap umat islam tak kira di mana saja berada.
Di ketika ini tentu ramai orang yang sedang mencari-cari tempat yang menjual haiwan korban.
Pening untuk mendapatkan haiwan yang terbaik di samping harga yang murah.
Tentunya para peniaga sedang tersenyum lebar dek kerana berfikir untung yang akan mereka dapat hasil daripada jualan ternakan mereka.
Pada masa ini juga lah, ada peniaga yang menaikkan harga haiwan ternakan mengikut perkadaran sendiri.
Namun, kuasa pembeli tidak boleh di nafikan kekuatannya.
Tiada pembeli, maka tiada lah perniagaan serta untung.
Jika peniaga yang bijak bermain dengan harga dan juga pembeli, tentu nya mereka akan menang dalam hal perniagaan ini.
Pada pandangan saya, pembeli harus bijak dan tidak muda terpengaruh dengan kata-kata peniaga.
Disamping itu. pembeli yang cetek mengenai hal ehwal pembelian haiwan korban ini, harus lah membawa rakan yang bijak dalam hal ini untuk mendapatkan yang terbaik.
Walaupun sambutan yang di pamerkan tidak lah semeriah sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hara Raya Aidiladha tetap juga di sambut dengan suasan yang gembira.
Persiapan untuk menyambut kedatangannya tidak kurang hebatnya.
Rata-rata umat islam telah pun mempunyai perancangan dan telah mempersiapkan juadah untuk di jamukan pada hari itu.
Tidak sabar pula rasanya untuk melihat suasana pembahagian daging korban.
Jika pada Hari Raya Aidilfitri, kita wajib memberikan zakat agar golongan yang tertentu merasa keindahan syawal.
Namun pada Hari Raya Aidiladha golongan yang tertentu akan mendapat daging korban.
Apa-apa punyang kita lakukan harus lah bertiangkan niat( kerana Allah s.w.t ) yang kukuh serta bersandarkan ketakwaan.
Tidak saya lupakan kepada pembaca ynag mempunyai ahli keluarga yang memgerjakan haji pada tahun ini, saya hanya mampu menyusun sepuluh jari untuk memohon kesejahteraan mereka di sana.
Semoga mereka kembali dengan selamat.
Amin.

No comments:

Post a Comment