Tuesday, November 10, 2009

ZOROASTRIANISMA

Kepercayaan lama di tengah-tengah padan pasir Iran tinggal sekumpulan pengikut yang masih berpegang kepada agama tertua monotistik dunia.
Zoroastrianisma, istimewah dengan ciri-ciri estetika dan falsafah, lelaki nya pula bebas memilih jalan hidup sendiri.
Mereka mempunyaitempat untuk menyatakan api dan tidak pernah padam lebih 1500 tahun.
Mereka memuja Tuhan Ahura Mazda ( Tuhan yang bijaksana ) atau Mazdeism dan masih diamalkan oleh sebilangan pengikutnya sehingga kini.
Mengikut pengkaji, orang Indo-Aryan era Paleolitik, menyebarkan ajaran monotisma berasaskan nilai-nilai estetika dan falsafah unik pada masa itu : 'Memilih jalan hidup sendiri dalam kehidupan adalah kebebasan mutlak seseorang individu.
Salah satu aspek pada Zoroastrinisma yang menarik ialah kedudukan sosial wanitanya. Mereka dianggap setaraf dengan lelaki dalam pelbagai cara.
Bagi mereka wanita penting dalam masyarakat. Semua lelaki sedar bahawa membesarkan anak ialah satu tangungjawab yang amat sukar, justeru itu mereka menghormati wanita.
Wanita Zoroastrian juga menyerlah dengan pakaian berwarna, terutama hijau yang menjadi simbol kesucian alam.
Tidak ada unsur kehebatan mengenai berhala Zoroastrian, dari jauh hanya nampak pohon siprus di halaman sebagai tanda kewujudan. Seni Bina bangunan seperti kiub, ada kalanya dikelilingi kubah-kubah kecil.Pintu masuk pula tidak jelas.
Penampilan berhala ini adalah ekspresi kesederhanaan, tanpa ciri-ciri keistimewaan atau kejayaan agama, objek yang ada hanyalah pokok siprus.
Semua perkampungan Zoroastrian ada pokok siprus. Mengikut lagenda, pokok siprus tertua ialah di Abarkooh, berusia sekitar 4000 tahun.
'Menara api'.
Bangunan lima meter tinggi dan diperbuat daripada batu bata mendominasi latar bumi padang pasir. Hanya paderi dibenarkan masuk ke dalam menara untuk menghantar mayat pengikut.
Mayat dibiarkan untuk dimakan burung dan setelah itu Paderi kembali mengutip sisa-sisa tulang dan memasukkannya ke dalam lubang ditengah-tengah menara.
Amalan ini walaupun dianggap menjijikkan, namun ia adalah salah satu prinsip dalam falsafah zoroastrian iaitu menanggap mayat sebagai sesuatu yang kotor.
Majlis pengkebumian udara ini dapat mengelakkan kesuciaan bumi, air dan api daripada tercemar.
Bagaimanapun, penggunaan menara sepi sebagai tempat upacara pengkebumian udara telah diharamkan pada 1987, serentak dengan revolusi Iran.
Kini, Zoroasrian mengebumikan mayat di dalam tanah. Pusara memenuhi kawasan kaki menara dan bangunan berdekatan yang suatu masa dulu didedikasikan untuk upacara pengkebumian.
Akhirnya, pengikut amaln Zoroastrian membuat cara pengkebumian setiap mayat di dalm simen.
Pusara juga mesti kelihatan sama, sebagai tanda rendah hati di depan yang berkuasa.
Batu tanda hanya diukir dengan nama si mati dan dipetik dari Avesta, kitab suci mereka.

No comments:

Post a Comment